Pemahaman Mahasiswa Mengenai Istilah Semasa Bahasa Melayu Dalam Bidang Teknologi Dan Maklumat
Perkembangan bahasa Melayu dilihat semakin meluas terutamanya dalam bidang peristilahan. Istilah-istilah dalam sesuatu bidang dilihat semakin berkembang sejajar dengan perkembangan dunia semasa termasuklah bidang teknologi dan maklumat. Bidang ini memberikan satu impak yang besar dalam kehidupan mas...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
Kulliyyah of Languages and Management
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/99000/1/KOLOKIUM-BAHASA-2022.pdf http://irep.iium.edu.my/99000/ https://kulliyyah.iium.edu.my/klm/e-book-e-magazine/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perkembangan bahasa Melayu dilihat semakin meluas terutamanya dalam bidang peristilahan. Istilah-istilah dalam sesuatu bidang dilihat semakin berkembang sejajar dengan perkembangan dunia semasa termasuklah bidang teknologi dan maklumat. Bidang ini memberikan satu impak yang besar dalam kehidupan masyarakat terutama sekali dalam kalangan mahasiswa. Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif. Dalam kajian ini, pengkaji menyatakan dua objektif yang utama, iaitu mengenal pasti dan menganalisis tahap pemahaman istilah semasa bahasa Melayu dalam bidang teknologi dan maklumat dalam kalangan mahasiswa di universiti awam Malaysia. Seramai 108 mahasiswa daripada empat buah universiti awam telah dipilih menggunakan persampelan bertujuan. Oleh itu, hasil dapatan kajian ini akan dipersembahkan dalam bentuk perkiraan seperti bilangan dan peratusan. Dapatan kajian mendapati bahawa mahasiswa dari UPSI mencatatkan jumlah pemahaman yang paling tinggi iaitu sebanyak 516 istilah dan diikuti oleh UIAM sebanyak 494 istilah, UMK sebanyak 448 istilah dan akhir sekali UUM sebanyak 445 istilah. Hasil dapatan juga menunjukkan terdapat beberapa istilah yang menunjukkan peratusan pemahaman yang rendah, antaranya webisod dan tunafoto. Hal ini demikian kerana, mahasiswa lebih gemar menggunakan istilah dalam bahasa Inggeris berbanding istilah bahasa Melayu dan tahap pemahaman mahasiswa dalam beberapa istilah bahasa Melayu masih lagi kurang. Rumusannya, pemahaman mahasiswa terhadap istilah bidang teknologi dan maklumat berada pada tahap yang baik berdasarkan dapatan yang diperoleh. |
---|