Waspada kesan kenaikan kos sara hidup terhadap kesihatan mental

Biarpun ungkapan duit bukanlah segala-galanya sering kita madahkan. Namun hakikatnya, semua dari kita maklum bahawa kesejahteraan individu bergantung rapat dengan kestabilan kehidupan. Kestabilan hidup pula sudah tentu bergantung kepada perkara asas seperti makanan, tempat tinggal, pekerjaan dan ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zakaria, Rozanizam
Format: Article
Language:English
Published: BH,New Straits Times Press (M) Bhd 2022
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/98689/1/98689_Waspada%20kesan%20kenaikan%20kos%20sara%20hidup.pdf
http://irep.iium.edu.my/98689/
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2022/07/972759/waspada-kesan-kenaikan-kos-sara-hidup-terhadap-kesihatan-mental
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Biarpun ungkapan duit bukanlah segala-galanya sering kita madahkan. Namun hakikatnya, semua dari kita maklum bahawa kesejahteraan individu bergantung rapat dengan kestabilan kehidupan. Kestabilan hidup pula sudah tentu bergantung kepada perkara asas seperti makanan, tempat tinggal, pekerjaan dan kemampuan menyara hidup sehari-hari. Oleh kerana itu juga status kesihatan individu turut bergantung kepada status ekonomi. Sebagai contoh, individu yang dalam kesempitan ekonomi dan hidup melarat akan sukar mendapat akses kepada makanan yang sihat, bantuan perubatan yang optimum dan lebih terdedah kepada sesetengah penyakit seperti penyakit berjangkit. Begitu juga dalam aspek kesejahteraan emosi seseorang. Kesihatan mental bergantung rapat dengan keadaan persekitaran dan sosioekonomi individu. Ini kerana dua faktor ini akan menyumbang kepada punca tekanan mental dan dalam masa yang sama bturut oleh menjadi faktor pelindung kepada masalah mental. Kedudukan ekonomi, kerjaya, kestabilan sumber pendapatan, kesejahteraan tempat tinggal, bilangan tanggungan dan bebanan hutang adalah antara faktor yang akan menentukan status kesihatan mental seseorang. Sebagai contoh, kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) secara global, kadar bunuh diri berkait rapat dengan kadar jurang kesamarataan pendapatan yang diukur berdasarkan Gini Coefficient. Ini bermakna, semakin besar jurang antara yang kaya dan miskin, sebanyak banyak berlaku tekanan yang akhirnya membawa kepada masalah mental seperti bunuh diri. Begitu juga dengankajian yang menunjukkan trend peningkatan kes-kes kemurungan, penyalahgunaan dadah, keganasan rumahtangga dalam tempoh kegawatan ekonomi pada sekitar lewat tahun 90-an. Kenaikan kos sara hidup yang banyak diperkatakan sejak akhir-akhir ini turut dijangka memberi kesan kepada sebahagian besar rakyat Malaysia. Ini kerana kenaikan kos sara hidup akan mengurangkan sumber kewangan banyak individu dan keluarga yang akhirnya boleh menjadi faktor yang menganggu keperluan asas individu seperti makan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan Pendidikan. Apabila keperluan asas ini terjejas, ia sudah tentu akan mencetus tekanan. Ia boleh menimbulkan konflik, mencetuskan emosi negatif seperti rasa putus asa, rasa bersalah, rasa kekurangan diri dan akhirnya memberi impak kepada emosi dalam masa panjang.