Satu kritikan ke atas isu terminologi Falsafah Islam (Islamic Philosophy) oleh Peter Adamson.

Semenjak disiplin falsafah Islam diterjemahkan kepada bahasa Inggeris timbul perbahasan dan perbalahan berkenaan apa istilah, terma atau nama dalam bahasa tersebut seharusnya diberi kepada disiplin falsafah atau hikmah dalam tradisi intelektual Islam. Beberapa istilah yang lazim diberi oleh sarja...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Moris, Megawati
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
English
English
English
English
Published: PPFPM 2021
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/95453/24/95453_%20SATU%20KRITIKAN%20SLIDES.pdf
http://irep.iium.edu.my/95453/1/PPFPM%20PHOTO-2021-03-02-10-02-54.jpg
http://irep.iium.edu.my/95453/2/FPFPM%20WebinarPHOTO-2021-03-02-10-02-46.jpg
http://irep.iium.edu.my/95453/12/HIMPUNAN%20ABSTRAK%20WFI.pdf
http://irep.iium.edu.my/95453/13/Jadual%20Webinar%20Falsafah%20Islam.pdf
http://irep.iium.edu.my/95453/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Semenjak disiplin falsafah Islam diterjemahkan kepada bahasa Inggeris timbul perbahasan dan perbalahan berkenaan apa istilah, terma atau nama dalam bahasa tersebut seharusnya diberi kepada disiplin falsafah atau hikmah dalam tradisi intelektual Islam. Beberapa istilah yang lazim diberi oleh sarjana Barat dan Islam adalah ‘Islamic philosophy’, ‘Muslim philosophy’ dan ‘Arabic philosophy’. Kebelakangan ini satu lagi istilah iaitu ‘philosophy in the Islamic World’ telah diperkenalkan oleh seorang sarjana dan ahli falsafah dari Barat bernama Peter Adamson dari LMU (Ludwig Maximilian University) Munich. Beliau menggunakan istilah ini kerana ia paling sesuai dan pada pendapat beliau istilah Islamic philosophy terlalu “obvious” atau jelas. Kertas kerja ini pertamanya akan membincang istilah-istilah yang berbeza diberi kepada disiplin falsafah atau hikmah dan keduanya akan menunjukkan mengapa nama ‘Islamic philosophy’ adalah yang paling tepat untuknya. Saya akan menyanggah mengapa istilah yang diberi oleh Adamson adalah tidak tepat dan tidak membicarakan makna hakiki disiplin falsafah dan peranan yang dimainkan dalam tamadun Islam. Isu ini adalah sangat penting oleh kerana menggunakan dan menerangkan istilah yang betul menunjuk bagaimana falsafah Islam adalah ‘Islamik’ secara hakikatnya dari segi aspek pandangan hidup, dasar-dasar, ciri-ciri dan kaedahnya. Ini menentang fahaman umum bahawa Islam tidak mempunyai tradisi falsafahnya sendiri. Memahami makna dan peranan falsafah Islam (Islamic philosophy) yang benar adalah penting untuk menolak pandangan umum bahawa tradisi Islam bersifat antirasional dan emotif.