Mendepani cabaran literasi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid orang asli jakun Lenga, Johor: satu tinjauan awal

Kajian ini bertujuan mengenalpasti teknik pengajaran literasi bahasa Melayu disamping mengenalpasti masalah literasi yang dialami oleh murid Orang Asli di Lenga, Johor. Kajian ini adalah berbentuk kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif dengan teknik pensampelan bertujuan. Seramai lima...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rosly, Nurul Jamilah, Mokhtar, Nor Zainiyah Norita
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Kulliyyah of Languages and Managements (KLM), International Islamic University of Malaysia Pagoh Campus 2021
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/95357/1/95357_Mendepani%20cabaran%20literasi%20pembelajaran%20Bahasa%20Melayu.pdf
http://irep.iium.edu.my/95357/
http://ajocs.com/index.php/ajocs/article/view/81/61
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenalpasti teknik pengajaran literasi bahasa Melayu disamping mengenalpasti masalah literasi yang dialami oleh murid Orang Asli di Lenga, Johor. Kajian ini adalah berbentuk kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif dengan teknik pensampelan bertujuan. Seramai lima orang guru bahasa Melayu dipilih sebagai peserta kajian serta menggunakan sampel kajian daripada 23 orang murid Orang Asli keturunan Jakun dalam Tahun 1 hingga Tahun 6. Lokasi kajian memfokuskan kajian di sebuah sekolah rendah kebangsaan di daerah Lenga. Kajian ini juga menggunakan data temu bual yang disokong oleh data pemerhatian dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu berlanjar dengan lancar dan sistematik sesuai dengan tahap keperluan pelajar. Hasil pemerhatian juga mendapati murid Orang Asli dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan rancangan aktiviti yang ditentukan oleh guru. Namun didapati terdapat masalah utama yang dihadapi dalam pembelajaran literasi bahasa Melayu ini iaitu isu motivasi pelajar dan sikap ibu dan bapa masyarakat orang Asli tersebut dalam memberikan motivasi kepada anak mereka untuk terus belajar. Selain itu, faktor kesedaran masyarakat orang Asli tersebut yang tidak meletakkan pendidikan sebagai satu jaminan pada masa hadapan untuk terus berjaya. Faktor ini juga mejejaskan minat kepada anak-anak orang Asli ini untuk terus mempelajari bahasa Melayu kerana mereka menganggap tiada kepentingan untuk bertutur dalam bahasa Melayu berbanding dengan bahasa inbunda mereka. Oleh itu, hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan input kepada pembinaan kurikulum, pentadbiran sekolah dan guru-guru yang mengajar murid Orang Asli.