Analisis stilistik dalam himpunan puisi Baharudin Zainal

Kajian ini membincangkan 16 puisi pilihan yang terkandung dalam “Siang Tak Pernah Mungkir dan Kau Akan Dewasa” oleh Sasterawan Negara, Baharudin Zainal. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan diksi yang berunsurkan alam serta menganalisis jenis-jenis makna yang ditemui dalam pen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Rashidi, Nurul Auni Nadhirah, Idrus, Azean Idruwani
Format: Article
Language:English
English
Published: Kulliyyah of Languages & Management (KLM), International Islamic University Malaysia, Edu Hub Pagoh, 84600 Muar, Johor Darul Takzim 2021
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/95257/1/IYSJL%20Vol%204%20%282%29%20December%202021%281%29.pdf
http://irep.iium.edu.my/95257/7/95257_Analisis%20stilistik%20dalam%20himpunan%20puisi%20Baharudin%20Zainal.pdf
http://irep.iium.edu.my/95257/
https://www.iium.edu.my/media/77655/Analisis%20Stilistik%20dalam%20Himpunan%20Puisi%20Baharudin%20Zainal.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membincangkan 16 puisi pilihan yang terkandung dalam “Siang Tak Pernah Mungkir dan Kau Akan Dewasa” oleh Sasterawan Negara, Baharudin Zainal. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan diksi yang berunsurkan alam serta menganalisis jenis-jenis makna yang ditemui dalam penulisan puisi tersebut. Kajian ini merupakan kajian berbentuk kualitatif yang menggunakan analisis kandungan teks sebagai kaedah kajian. Bagi menganalisis keseluruhan puisi ini, pengkaji menggunakan Teori Makna oleh Leech (1974) yang menggariskan lima jenis makna, iaitu makna denotasi, makna konotasi, makna afektif, makna figuratif dan makna kolokasi. Menerusi dapatan kajian ini, pengkaji mendapati bahawa penggunaan diksi yang berunsurkan alam amat dominan dan signifikan dalam penulisan puisi tersebut.Selain itu, kajian ini turut menepati kelima-lima jenis makna yang disandarkan untuk menggambarkan sesuatu makna. Hasil analisis yang dilakukan juga membuktikan bahawa penulisan Baharudin Zainal sememangnya menggunakan alam semesta sebagai simbol atau perlambangan untuk menzahirkan makna yang tersirat. Secara keseluruhannya, kajian ini membantu pengkaji memahami isi dan penyampaian penulisan puisi Melayu dengan lebih terperinci.