Turutan Perbualan dalam Program Pengacaraan

Dalam setiap program pengacaraan dapat diperhatikan bahawa perbualan yang terjalin antara pengacara dengan orang yang diwawancara (ODW) adalah merujuk kepada topik perbincangan bagi melengkapkan struktur interaksi. Program pengacaraan berperanan mengupas dan membincangkan pelbagai topik dan mencari...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Idrus, Azean Idruwani, Mashudi, Rohaidah, Sha'ri, Sharil Nizam
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: UiTM Perak Press 2021
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/95242/3/95242_Turutan_Perbualan_Dlm_Program_Pengacaraan.pdf
http://irep.iium.edu.my/95242/
https://heyzine.com/flip-book/4048adfcb3.html#page/8
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam setiap program pengacaraan dapat diperhatikan bahawa perbualan yang terjalin antara pengacara dengan orang yang diwawancara (ODW) adalah merujuk kepada topik perbincangan bagi melengkapkan struktur interaksi. Program pengacaraan berperanan mengupas dan membincangkan pelbagai topik dan mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu isu. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan membincangkan turutan perbualan dalam rancangan Wanita Hari Ini, iaitu dalam segmen Asam Garam Rumah Tangga. Pemeran terdiri daripada pengacara dan ODW. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dan analisis kualitatif dengan mengaplikasikan Model Struktur Interaksi. Hasil analisis memperlihatkan dalam program pengacaraan mengandungi turutan perbualan yang efektif yang terdiri daripada pembuka, pengenalan pemeran, pernyataan tujuan, tanya jawab dan penutup perbualan. Ini memperlihatkan bahawa turutan perbualan diaplikasikan oleh pemeran sesuai dengan peranan mereka dalam program pengacaraan. Kesimpulannya turutan perbualan dikawal sepenuhnya oleh pemeran dalam program pengacaraan dan ini memberikan kesan terhadap kelancaran dalam ujaran seterusnya menimbulkan keberkesanan dalam mencapai tujuan sebenar suatu program pengacaraan.