TERAPAN PENDEKATAN DAKWAH DALAM LIRIK-LIRIK LAGU DENDANGAN. MAHER ZAIN

Lirik lagu berunsurkan keislaman merupakan unsur kesenian yang mampu memberikan impak yang positif terhadap pembentukan dan perkembangan psikologi dan minda seseorang individu. Sehubungan itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti unsur-unsur dakwah dan menganalisis pendekatan dakwah d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Harun, Nurul Natasya, Ismail, Mohamad Zuber, Johari, Arina
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: PUSAT PENGAJIAN TERAS KUIS 2021
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/95157/1/e-proceeding_pasak2021_030.pdf
http://irep.iium.edu.my/95157/
http://conference.kuis.edu.my/pasak/e-prosiding/e-prosiding-pasak6-2021/isi-kandungan
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Lirik lagu berunsurkan keislaman merupakan unsur kesenian yang mampu memberikan impak yang positif terhadap pembentukan dan perkembangan psikologi dan minda seseorang individu. Sehubungan itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti unsur-unsur dakwah dan menganalisis pendekatan dakwah dalam lirik lagu InsyaAllah dan Open Your Eyes dendangan Maher Zain. Bagi mencapai objektif tersebut, pengkaji telah menjalankan kajian berpandukan Teori Pengkaedahan Melayu, iaitu menerusi pendekatan dakwah yang diasaskan oleh Hashim Awang pada tahun 1989. Seterusnya, kaedah kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis teks. Hasil kajian ini mendapati bahawa wujudnya unsur-unsur dakwah yang ingin disampaikan dalam kedua-dua buah lagu tersebut. Kesaratan mesej dakwah seperti percaya akan pertolongan Allah, tidak berputus asa dalam berdoa, mensyukuri segala nikmat dan Allah Maha Pencipta dalam bait- bait lirik lagu nyanyian Maher Zain itu kemudiannya berpotensi memberi implikasi yang positif kepada pengembangan ajaran agama Allah. Jelaslah, karya sastera termasuklah lirik lagu merupakan salah satu wahana penyampaian dakwah yang berkesan dalam kalangan umat manusia