Video infografik Covid-19: tinjauan dari sudut lakuan bahasa

Kajian ini berfokuskan kepada analisis lakuan pertuturan Searle (1969) dalam video infografik Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Secara umumnya, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti lakuan pertuturan yang digunakan oleh KKM. Lakuan pertuturan yang telah dikenal pasti telah diklasifik...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sabarudin, Siti Nur Adibah, Saimon, Aminnudin
Format: Article
Language:English
Published: Kulliyyah of Languages and Management 2021
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/94398/7/94398_Video%20infografik%20Covid-19%20tinjauan%20dari%20sudut%20lakuan%20bahasa.pdf
http://irep.iium.edu.my/94398/
https://www.iium.edu.my/media/77663/Video%20Infografik%20Covid-19_Tinjuan%20dari%20Sudut%20Lakuan%20Bahasa.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini berfokuskan kepada analisis lakuan pertuturan Searle (1969) dalam video infografik Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Secara umumnya, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti lakuan pertuturan yang digunakan oleh KKM. Lakuan pertuturan yang telah dikenal pasti telah diklasifikasikan dan dianalisis berdasarkan Teori Lakuan Pertuturan Searle (1969). Teori ini mengenengahkan lima lakuan iaitu asertif, ekspresif, direktif, komisif dan deklaratif. Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah kaedah kualitatif dengan menggunakan analisis kandungan teks sebagai pendekatan kajian. Hasil kajian mendapati terdapat sebanyak 129 lakuan pertuturan yang merangkumi kelima-lima lakuan pertuturan Searle (1969). Daripada jumlah kekerapan tersebut, lakuan pertuturan direktif merupakan lakuan yang paling dominan, iaitu sebanyak Lakuan pertuturan yang paling kerap digunakan dalam video infografik Covid-19 ialah lakuan pertuturan direktif 67 kekerapan., diikuti oleh lakuan pertuturan asertif sebanyak 51 kekerapan. Seterusnya, lakuan ketiga yang kerap digunakan adalah lakuan pertuturan ekspresif iaitu sebanyak enam kekerapan. Lakuan pertuturan komisif dan deklaratif merupakan lakuan yang paling kurang digunakan dalam video infografik Covid-19 iaitu sebanyak empat dan satu kekerapan. Penggunaan Teori Lakuan Pertuturan Searle (1969) dilihat amat bersesuaian bagi pendengar memahami dengan lebih jelas makna hajat komunikatif penutur. Oleh yang demikian, keberkesanan maklumat yang disampaikan dapat memberi impak yang positif kepada negara dan masyarakat.