Pelan pengurusan pembangunan persisir pantai Pekan Kuah-Kelibang Langkawi Kedah

Pelan Pengurusan Pesisir Pantai Pekan Kuah-Kelibang, Langkawi, dilaksanakan bagi memantau pembangunan pesisir pantai disamping melindungi alam semulajadi pantai sedia dalam mengimbanginya dengan keperluan- keperluan pembangunan dan konservasi dan pelestarian kegunaan sumber alam. Pertimbangan terhad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad, Noorihsan
Format: Monograph
Language:English
English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/91902/1/Laporan%20Akhir%20Persisir%20Pantai%20Kuah%20Kelibang.pdf
http://irep.iium.edu.my/91902/2/Appointment%202019%20and%20Consultancy%20Langkawi.pdf
http://irep.iium.edu.my/91902/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelan Pengurusan Pesisir Pantai Pekan Kuah-Kelibang, Langkawi, dilaksanakan bagi memantau pembangunan pesisir pantai disamping melindungi alam semulajadi pantai sedia dalam mengimbanginya dengan keperluan- keperluan pembangunan dan konservasi dan pelestarian kegunaan sumber alam. Pertimbangan terhadap pembangunan pesisir pantai perlu seiring dengan kawalan dan garis panduan yang telah digariskan bagi memastikan pembangunan yang dicadangkan tidak mendatangkan kemudaratan dan kemusnahan pada kawasan persisir pantai sedia ada. Kemusnahan ekosistem marin dan pesisir pantai akibat pembangunan pada akhir- akhir ini adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan dan diambil mudah tanpa sebarang perancangan kawalan yang sepatutnya. Isu-isu baru seperti tebus guna tanah di kawasan pesisir pantai (coastal land reclamation) dan tambak laut memerlukan perhatian sewajarnya. Tahap kesedaran yang rendah tentang kepentingan pemeliharaan kawasan persisir pantai dan marin di kalangan masyarakat akan menyebabkan berlakunya kerosakan ke atas ekosistem semulajadi pantai dan marin secara berleluasa. Hubungan kerajaan pusat dan negeri dalam melaksana pemuliharaan alam sekitar perlu dipertingkatkan bagi memastikan pelaksanaan kawalan dan garis panduan dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya tanpa berlakunya perselisihan kuasa dan pendapat. Perlaksanaan dasar- dasar dan undang-undang adalah faktor penting dalam usaha pemuliharaan disamping membina kesedaran terdapat masyarakat di semua peringkat.