Tarbiah Akidah dalam Surah Makkiyah melalui Kitab Naẓarāt Fī Kitābillah (Faith Education through Meccan Surahs in Naẓarāt Fī Kitābillah)

Al-Quran al-Karim diturunkan sebagai penyembuh jiwa dan panduan manusia. Kitab rujukan utama umat Islam ini mengandungi tarbiah dalam pelbagai aspek dan untuk memahaminya ilmu tafsir telah membantu mendalami aspek tarbiah dengan lebih terperinci. Kajian ini menfokuskan kepada unsur tarbiah yang ter...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hamid, Siti Zaharah, Usman, Abur Hamdi, Samsudin, Sofiah, Abu Zahrin, Syaidatun Nazirah
Format: Article
Language:English
Published: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor 2021
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/91593/1/91593_Tarbiah%20Akidah%20dalam%20Surah%20Makkiyah.pdf
http://irep.iium.edu.my/91593/
http://rmc.kuis.edu.my/jpi/vol-8-no-1-april-2021/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Al-Quran al-Karim diturunkan sebagai penyembuh jiwa dan panduan manusia. Kitab rujukan utama umat Islam ini mengandungi tarbiah dalam pelbagai aspek dan untuk memahaminya ilmu tafsir telah membantu mendalami aspek tarbiah dengan lebih terperinci. Kajian ini menfokuskan kepada unsur tarbiah yang terdapat dalam empat surah Makkiyah dalam Jūz ‘Ammā yang telah digarap dari kitab Naẓarāt fī Kitābillah karya Zainab alGhazali (w. 2005), iaitu surah al-Kāfirūn, al-Ikhlāṣ, al-Falaq dan al-Nās. Dengan menggunakan kaedah analisis kandungan, kajian ini mendapati Zainab al-Ghazali (ZAG) adalah tokoh mufassirin wanita dari Mesir yang sangat berdedikasi dalam mendidik generasi Muslim melalui tarbiah. Kaedah yang digunakan oleh ZAG adalah terjemahan secara langsung dengan pendekatan da‘wī dan tarbawī. Kajian ini turut membuktikan unsur-unsur tarbiah akidah dalam surah Makkiyah telah berjaya membina generasi kepimpinan Muslim unggul yang patuh dengan ajaran Allah dan tetap dalam akidah dan ajaran Islam sehingga dapat membina beberapa kerajaan Islam di serata dunia.