COVID19: bahaya varian Delta dan bagaimana ia menakluki dunia

Hampir dua tahun lamanya kita bergelut dengan pandemik COVID-19 yang berpunca dari coronavirus bernama SARS-CoV-2. Secara kronologi, virus ini dipercayai berasal dari sebuah pasar di Wuhan, China. Ia kemudiannya merebak ke seluruh China dan kemudiannya ke seluruh dunia. Akibat interaksi virus dengan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Hamid, Azzmer Azzar, Mohd Nasir, Mohd Hamzah
Format: Article
Language:English
Published: MajalahSains.Com 2021
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/91530/2/91530_COVID19%20bahaya%20varian%20Delta%20dan%20bagaimana%20ia%20menakluki%20dunia.pdf
http://irep.iium.edu.my/91530/
https://www.majalahsains.com/covid19-bahaya-delta-varian-dan-bagaimana-ia-menakluki-dunia/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Hampir dua tahun lamanya kita bergelut dengan pandemik COVID-19 yang berpunca dari coronavirus bernama SARS-CoV-2. Secara kronologi, virus ini dipercayai berasal dari sebuah pasar di Wuhan, China. Ia kemudiannya merebak ke seluruh China dan kemudiannya ke seluruh dunia. Akibat interaksi virus dengan persekitaran, termasuk populasi manusia serata dunia telah menyebabkan berlakunya mutasi kepada genom virus untuk membolehkan ia semakin serasi dengan manusia. Dari varian asal Wuhan kepada varian-varian baharu yang diberi nama dari Alpha, Beta, Gamma dan yang terkini dan paling ditakuti adalah varian Delta. Mengapa varian Delta lebih bahaya? Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu memahami biologi virus serta mekanisma jangkitannya terlebih dahulu. Coronavirus ini adalah virus yang membawa jujukan genom dalam format kimia mRNA. Rantaian genom tersebut dibaluti oleh struktur yang terdiri dari protein envelop (E-Protein), protein membrane (M-Protein) dan protein deduri (Spike protein) (Rajah 1) .Secara asasnya, virus ini berbentuk sfera dan mempunyai struktur deduri yang terbina dari protein yang dinamakan ‘Spike’. Protein ‘Spike’ inilah menjadi perhatian saintis dunia kerana peranannya yang signifikan dalam proses jangkitan sel perumah.