STRATEGI PERANCANGAN DALAM FILEM BUKIT KEPUNG

Filem merupakan satu wadah hiburan kontemporari yang amat popular di Malaysia. Filem bukan sahaja memaparkan mesej yang berunsur nasihat dan pengajaran malah, terdapat aspek�aspek pengurusan yang boleh diteladani dan ditekuni. Oleh itu, kajian ini menumpukan kepada satu pendekatan baharu dalam dunia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed Feroz, Fiffy Nur Adila, ISMAIL, MOHAMAD ZUBER, Johari, Arina
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Published: AKADEMI PENGAJIAN BAHASA, UITM 2021
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/91507/1/e-prosiding-peserta-kkpem
http://irep.iium.edu.my/91507/
https://sites.google.com/view/kkpem2021/e-prosiding-peserta-kkpem
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Filem merupakan satu wadah hiburan kontemporari yang amat popular di Malaysia. Filem bukan sahaja memaparkan mesej yang berunsur nasihat dan pengajaran malah, terdapat aspek�aspek pengurusan yang boleh diteladani dan ditekuni. Oleh itu, kajian ini menumpukan kepada satu pendekatan baharu dalam dunia kritikan sastera tanah air, iaitu Pendekatan Pengurusan yang telah dicetuskan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013). Terdapat lima prinsip yang digariskan bawah Pendekatan Pengurusan, iaitu Prinsip Perancangan, Prinsip Kepimpinan, Prinsip Pengorganisasian, Prinsip Penstafan dan Prinsip Kawalan. Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan kepada prinsip yang pertama, iaitu Prinsip Perancangan. Prinsip Perancangan diteliti dan dianalisis berdasarkan peringkat-peringkat di bawah, iaitu (i) menetapkan objektif, (ii) membentuk strategi (iii) pilihan alternatif (iv) menilai langkah-langkah alternatif (v) memilih satu cara atau pelbagai cara dan (vi) kajian semula. Prinsip Perancangan ini diterapkan kepada penelitian sebuah filem bergenre aksi patriotik, iaitu filem Bukit Kepong arahan Allahyarham Jins Shamsuddin. Pengkaji mengaplikasikan kaedah kepustakaan. Kaedah transkripsi audio dan kaedah analisis teks bagi mencapai objektif utama kajian, iaitu mengenal pasti dan menganalisis Prinsip Perancangan yang terdapat dalam filem Bukit Kepong. Hasil dapatan kajian menjelaskan bahawa Prinsip Perancangan yang terdapat dalam filem Bukit Kepong amat signifikan dan bertepatan untuk diaplikasikan menggunakan Pendekatan Pengurusan. Kajian ini membuktikan bahawa karya bergenre patriotik yang diterapkan menggunakan satu pendekatan baharu dalam dunia kritikan sastera di Malaysia adalah sesuatu yang wajar dan relevan untuk diketengahkan.