Dinamisme pembangunan harta wakaf menerusi mekanisme amanah pelaburan hartanah Islam (Islamic Real Estate Investment Trust I-REIT) di Malaysia

Pembangunan institusi wakaf memainkan peranan yang signifikan dalam menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan sosioekonomi ummah. Objektif utama pembangunan harta wakaf adalah untuk menjamin kelestarian agihan manfaat kepada benefisiari bagi merealisasikan hasrat pewakaf demi memperoleh ganjaran pah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sulaiman, Syahnaz, Hasan, Aznan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2020
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/89843/1/89843_Dinamisme%20pembangunan%20harta%20wakaf%20menerusi%20mekanisme.pdf
http://irep.iium.edu.my/89843/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembangunan institusi wakaf memainkan peranan yang signifikan dalam menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan sosioekonomi ummah. Objektif utama pembangunan harta wakaf adalah untuk menjamin kelestarian agihan manfaat kepada benefisiari bagi merealisasikan hasrat pewakaf demi memperoleh ganjaran pahala yang berterusan daripada Allah SWT. Masalah kekurangan sumber pendanaan merupakan antara isu utama yang dihadapi oleh sebahagian besar Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) selaku pemegang amanah tunggal harta wakaf (mutawalli) untuk memajukan aset wakaf secara mampan. Sehubungan itu, kertas ini dikemukakan bertujuan untuk meneroka dan menganalisis potensi aplikasi instrumen pasaran modal Islam iaitu amanah pelaburan hartanah Islam atau Islamic real estate investment trust (I-REIT) bagi tujuan pembangunan harta wakaf di Malaysia. Metodologi kajian ini melibatkan kaedah triangulasi (triangulation) merangkumi kajian kepustakaan menerusi analisis dokumen serta temubual. Kajian ini mendapati bahawa I-REIT berpotensi untuk diaplikasikan sebagai salah satu mekanisme alternatif untuk memajukan aset wakaf meskipun berdepan dengan beberapa isu berbangkit. Kajian ini seterusnya mencadangkan dua model konseptual pembangunan wakaf menerusi mekanisme I-REIT bagi memperkasa peranan wakaf secara dinamik di Malaysia.