PENTAKSIRAN BILIK DAJAH Satu Manifestasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menuntut supaya bahawa guru dan sekolah berperanan membekalkan pelajar dengan berbagai-bagai pengetahuan dan kemahiran. Tetapi, FPK juga tegas menyarankan supaya usaha beterusan, menerusi pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran dilakukan untuk, “melahirkan in...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Book |
Language: | English English |
Published: |
Dewan Bahasa dan Pustaka
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/87030/1/87030_Jadual%2520Kandungan.pdf http://irep.iium.edu.my/87030/2/87030_Buku%2520Prof%2520Sahari.pdf http://irep.iium.edu.my/87030/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menuntut supaya bahawa guru dan sekolah
berperanan membekalkan pelajar dengan berbagai-bagai pengetahuan dan kemahiran. Tetapi,
FPK juga tegas menyarankan supaya usaha beterusan, menerusi pengajaran, pembelajaran
dan pentaksiran dilakukan untuk, “melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.”
Hal ini penting supaya negara dapat “melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab.”
Jelas bahawa FPK menekankan supaya berlakunya pembelajaran yang lebih meluas dan
mendalam. Kini, guru dan sekolah bukan sahaja bertanggungjawab memperkembang dan
mengupayakan pelajar daripada segi kognitif dan fizikal, malah bekerjasama dengan institusiinstitusi pendidikan dan masyarakat untuk berinteraksi serta membangunkan potensi-potensi
rohani dan emosi pelajar. Seterusnya ialah semua hasil pembelajaran itu mesti diukur, dinilai
dan dimanfaatkan secara berterusan menerusi amalan pentaksiran bilik darjah yang tentu sah,
boleh dipercayai, saksama dan seimbang. Semua ini merupakan amanah yang perlu digalas
oleh setiap pendidik.
Selama puluhan tahun para guru begitu terlazim dan cekap melaksanakan ujian-ujian yang
disejajarkan dengan peperiksaan awam untuk mentaksir pembelajaran setiap pelajar. Apabila
pentaksiran bilik darjah (PBD) mula dilaksanakan sejak 2011, didapati bertali arus
munculnya isu-isu berkaitan proses dan prosedur persediaan dan pelaksanaan. Jelas bahawa
masih terdapat banyak masalah yang masih belum selesai, terutamanya daripada segi
penerimaan, sikap guru, kesediaan psikososial guru dan ibu bapa, malahan kompetensi guru.
Sebagai contoh, terdapat guru yang bertanggapan bahawa PBD adalah beban tugas tambahan,
baharu dan berat. Para guru juga melaporkan bahawa mereka tidak cukup ilmu dan kemahiran
untuk, (i) membina sendiri atau menggunakan pelbagai instrumen PBD, (ii) menaksir prestasi
pembelajaran yang kompleks secara meluas dan mendalam, (iii) memantau perkembangan
dimensi-dimensi sosial, rohani dan emosi, (iv) mengupayakan pertimbangan profesional
untuk menetapkan tahap penguasaan pembelajaran kognitif dan bukan kognitif setiap pelajar,
(v) mengenalpasti dan mengumpul data dan evidens yang relevan untuk menilai tahap
penguasaan pelajar, (vi) menganalisis dan melaporkan keputusan pentaksiran yang
menggunakan berbagai-bagai instrumen, dan (vi) menggunakan hasil pentaksiran untuk
diintegrasikan dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
Didorong oleh hasrat mendepani masalah-masalah tersebut, Pentaksiran Bilik Darjah: Satu
Manifestasi Falsafah Pendidik Kebangsaan ini ditulis dengan matlamat menampung
keperluan para pendidik. Buku ini adalah sesuai untuk dijadikan teks dan bahan rujukan asas
bagi guru pelatih yang bakal ditauliahkan sebagai guru terlatih sama ada di sekolah rendah
atau di sekolah menengah. Kandungan buku ini juga wajar dirujuk dan dikuasai oleh guru
terlatih dan tenaga pengajar institusi pengajian tinggi. Tambahan lagi, kandungannya yang
sarat dengan gagasan teoretikal dan bukti empiris berguna untuk membina kerangka konsep
penyelidikan dalam kalangan calon-calon ijazah sarjana, doktor falsafah dan penyelidik
dalam bidang pendidikan khususnya.
Dengan bertemakan PBD untuk pembelajaran, penulisan ini sarat dengan korpus ilmu dan
kemahiran praktikal serta inovatif yang mempunyai potensi membantu pendidik
melaksanakan pengajaran dengan berkesan, dan seterusnya membantu anak murid masingmasing mengecapi pembelajaran bermakna. Konsep dan kemahiran terkini dan melibatkan
aplikasi teknologi IR 4.0 dibentangkan secara jelas, berasaskan logik dan bukti, dan
mempunyai nilai-nilai realistik dan pragmatik. Dengan berpandukan kerangka Pembelajaran
Abad ke-21, kandungan buku ini memandu guru untuk merancang, membina dan
melaksanakan ujian-ujian yang mampu mentaksir penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi
dan juga pembelajaran tingkah laku kompleks. Justeru, pelbagai teknik dan instrumen
pengukuran dan penskoran diperkenalkan.
Buku ini turut mengenengahkan pentaksiran bagi dimensi-dimensi selain kognitif, misalnya
pengukuran adab pelajar, kewarganegaraan digital, motivasi belajar dan kecenderungan
negatif menunda kerja. Semua ini sesuai disepadukan dalam proses PdPc dan hasilnya
dilaporkan kepada pemegang taruh, khususnya ibu bapa menerusi pentaksiran bilik darjah.
Usaha sedemikian itu dijangka dapat menjuruskan lepasan sistem pendidikan yang “. . .
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara” (Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
1998). |
---|