Analisa fizikal terhadap kondusi manuskrip Melayu dalam koleksi Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC)
Manuskrip sinonim dengan kitab lama mahupun naskah yang ditulis menggunakan tangan, bermula seawal kurun ke-13 sebelum terciptanya teknologi pencetak. Manuskrip Melayu merupakan khazanah negara yang berharga peninggalan nenek moyang yang mencatatkan pelbagai sejarah, peristiwa-peristiwa penting,...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/85288/7/85288%20ANALISA%20FIZIKAL%20TERHADAP%20KONDUSI%20MANUSKRIP%20MELAYU.pdf http://irep.iium.edu.my/85288/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Manuskrip sinonim dengan kitab lama mahupun naskah yang ditulis menggunakan tangan,
bermula seawal kurun ke-13 sebelum terciptanya teknologi pencetak. Manuskrip Melayu
merupakan khazanah negara yang berharga peninggalan nenek moyang yang mencatatkan
pelbagai sejarah, peristiwa-peristiwa penting, kepelbagaian ilmu mengenai alam, agama,
kehidupan, serta perubatan. Khazanah ilmu dan rahsia kehidupan yang terkandung dalam
Manuskrip inilah yang telah menyumbang kepada penyebaran agama Islam, perkembangan
manusia, permodenan teknologi serta perubatan. Oleh yang demikian, adalah penting untuk
memelihara naskah-naskah ini agar terus utuh dan dapat diwarisi kepada generasi akan
datang. Justeru, penyelidikan ini adalah bertujuan untuk menganalisa sifat fizikal manuskrip
menurut perspektif konservasi yang terdapat pada Manuskrip Melayu sejak dari kurun ke-13
hingga awal kurun ke-19. Sebanyak 30 naskah dari koleksi Institut Antarabangsa Pemikiran
dan Tamadun Islam telah dikenalpasti dan dianalisa sifat fizikalnya melalui kaedah visual dan
analisa saintifik. Penggunaan digital mikroskop adalah salah satu peralatan yang mudah bagi
mengenalpasti kondisi dakwat diatas kertas yang digunakan. Jenis kertas juga dikenalpasti
dengan menganalisa tera air yang terdapat pada naskah manuskrip dari koleksi institut ini.
Tera air pada kertas yang dikenalpasti adalah seperti 3 star in shield (3 bintang), lion (singa),
elephant (gajah), tre lune (3 bulan sabit), man in shield dan fleur de lis. Selain daripada itu,
penelitian awal juga mendapati terdapat kesan-kesan kerosakan pada struktur, perekatan
permukaan, kerosakan kimiawi dan biologikal yang menjadi faktor kelemahan bahan yang
menyebabkan keadaan manuskrip menjadi rapuh. Hampir keseluruhan manuskrip yang dikaji
ditulis tangan dengan menggunakan dakwat karbon yang tahan lebih lama.
Walaubagaimanpun terdapat beberapa manuskrip yang dikenalpasti mengunakan dakwat dari
iron gall dan dapati terdapat seperti kesan terbakar dipermukaan kertas. |
---|