Buli dalam kalangan pelajar sekolah: persidangan kumpulan keluarga sebagai alternatif kepada hukuman

Buli yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah tidak boleh diambil mudah. Terdapat garis panduan dan polisi tertentu yang membolehkan pihak sekolah mengambil tindakan disiplin terhadap pelaku buli. Malah pelaku buli boleh diambil tindakan undang-undang sekiranya perlu. Namun begitu, Persidangan Ku...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ab Aziz, Norjihan, Ab Hamid, Zuraini, Mohamad Amin, Noor Shuhadawati
Format: Article
Language:Malay
Published: Dewan Bahasa dan Pustaka 2020
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/83883/1/artikel%20buli%20DBP.pdf
http://irep.iium.edu.my/83883/
http://jurnal.dbp.my/index.php/Kanun/article/view/6888
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Buli yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah tidak boleh diambil mudah. Terdapat garis panduan dan polisi tertentu yang membolehkan pihak sekolah mengambil tindakan disiplin terhadap pelaku buli. Malah pelaku buli boleh diambil tindakan undang-undang sekiranya perlu. Namun begitu, Persidangan Kumpulan Keluarga telah dilaksanakan di beberapa buah negara sebagai alternatif kepada hukuman bagi kesalahan buli di sekolah. Kajian ini dilakukan bagi mendapatkan maklumat berkaitan kes buli dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia, dan proses penyelesaiannya menurut undang-undang. Analisis terhadap penyelesaian kes buli di sekolah melalui Persidangan Kumpulan Keluarga dilakukan sebagai alternatif kepada hukuman seperti yang dilaksanakan di negara-negara terpilih. Berdasarkan respons positif berkaitan Persidangan Kumpulan Keluarga sebagai penyelesaian kes buli di sekolah, disarankan agar proses ini diperkenalkan di Malaysia bagi menambah baik penyelesaian terhadap kesalahan buli di sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang merujuk akta, kes yang diputuskan, serta penulisan ilmiah seperti buku, dan jurnal.