Penetapan standard bagi Industri nutraseutikal di Malaysia: melindungi hak pengguna

Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kesihatan telah menggalakkan pemasaran produk nutraseutikal di Malaysia. Nutraseutikal didefinisikan sebagai produk berasaskan makanan yang diyakini mampu memberikan kesan positif kepada kesihatan pengguna dengan cara melindungi serta merawat pengguna dari...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Safuan, Sahida, Ismail, Suzi Fadhilah, Abdul Ghani Azmi, Ida Madieha, Daud, Mahyuddin, Abd. Jalil, Juriah
Format: Article
Language:English
Published: Dewan Bahasa dan Pustaka 2020
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/81601/1/kanun%20july%202020.pdf
http://irep.iium.edu.my/81601/
http://jurnal.dbp.my/index.php/Kanun/article/view/6895
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kesihatan telah menggalakkan pemasaran produk nutraseutikal di Malaysia. Nutraseutikal didefinisikan sebagai produk berasaskan makanan yang diyakini mampu memberikan kesan positif kepada kesihatan pengguna dengan cara melindungi serta merawat pengguna daripada penyakit. Oleh sebab permintaan terhadap produk ini semakin meningkat, ramai pengeluar produk mengambil peluang mengeluarkan produk nutraseutikal melalui pengilangan secara kontrak. Perkhidmatan pengilangan kontrak ini ditawarkan oleh syarikat yang mempunyai status Amalan Perkilangan Baik (AMP) kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengeluarkan produk menggunakan jenama sendiri. Pengilangan kontrak membolehkan sesiapa sahaja berupaya memiliki produk dengan modal minimum tanpa memerlukan kepakaran atau kemahiran tertentu dalam penghasilan sesuatu produk. Hal ini menyebabkan terdapat lambakan produk nutraseutikal di pasaran. Tambahan pula sistem undang-undang di Malaysia masih lagi belum jelas dalam pengawalseliaan produk nutraseutikal. Produk nutraseutikal dikawal selia oleh agensi yang berbeza mengikut kategori sama ada makanan atau farmaseutikal. Agensi yang berbeza mempunyai prosedur atau standard yang berbeza dalam pengurusan produk. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis isu berkaitan dengan pembangunan produk nutraseutikal melalui pengilangan kontrak dan mendapati bahawa terdapat keperluan yang sangat tinggi untuk menetapkan satu standard piawaian dalam penghasilan produk nutraseutikal bagi tujuan melindungi kepentingan pengguna untuk jangka masa panjang. Kajian ini dijalankan melalui kaedah analisis kandungan menggunakan pelbagai sumber kepustakaan dan juga perbincangan dan temu bual berkumpulan yang telah diadakan dengan pihak-pihak yang berkaitan.