Pembangunan modul program intervensi keluarga untuk mengurangkan penyalahgunaan dadah dalam talian dan media baharu: satu kajian analisis keperluan

Pembangunan sesuatu program yang komprehensif mempunyai cabarannya yang tersendiri dan perlu mengambil kira keperluan serta permasalahan kumpulan sasaran. Namun, kajian mengenai pembangunan program intervensi keluarga yang dapat mengurangkan risiko penyalahgunaan dadah dalam talian dan media baharu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Janon, Nazariah Shar'ie, Mohd Mahudin, Nor Diana, Alwi, Azlin, Mukhtar, Kamarul Akmar
Format: Article
Language:English
Published: Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia 2017
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/80664/1/3-ARTIKEL-JURNAL-FAMILY-INTERVENTION-min.pdf
http://irep.iium.edu.my/80664/
https://www.adk.gov.my/wp-content/uploads/3-ARTIKEL-JURNAL-FAMILY-INTERVENTION-min.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembangunan sesuatu program yang komprehensif mempunyai cabarannya yang tersendiri dan perlu mengambil kira keperluan serta permasalahan kumpulan sasaran. Namun, kajian mengenai pembangunan program intervensi keluarga yang dapat mengurangkan risiko penyalahgunaan dadah dalam talian dan media baharu masih kurang dijalankan. Ini menyebabkan persoalan berkaitan pengisian serta isi kandungan yang sepatutnya digarap dalam program sedemikian terutamanya dalam kalangan keluarga di Malaysia masih belum diterokai. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau keperluan pembangunan program intervensi keluarga untuk pengurangan risiko pennyalahgunaan dadah dalam talian dan media baharu serta mencari maklumat tentang pengisian kandungan modul yang boleh dijadikan panduan dalam pembangunan program tersebut. Dengan menggunakan kajian kualitatif melalui temu bual separa berstruktur bersama tiga kumpulan responden iaitu kumpulan remaja yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah (n = 30), ibu bapa atau waris yang mempunyai anak di pusat pemulihan kelolaan AADK (n = 22), dan kumpulan pakar (n = 6), hasil dapatan dapat dirumuskan kepada dua kategori. Pertama, wujudnya keperluan segera untuk membangunkan satu program intervensi keluarga yang dapat membantu keluarga mengurangkan risiko penyalahgunaan dadah dalam talian dan media baharu; dan kedua, lima tema utama iaitu (1) Pengetahuan, (2) Diri, (3) Keluarga, (4) Internet dan Media Baharu, dan (5) Undang-undang telah dikenal pasti sebagai pengisian yang sesuai dan bertepatan dengan keperluan program sasaran. Hasil kajian ini dijangka dapat memberikan gambaran tentang perincian modul serta aktiviti yang sesuai dalam membangunkan sesuatu program intervensi keluarga yang akan dibina supaya menjadi lebih relevan, praktikal, dan bermanfaat.