Perakaunan dan pelaporan kewangan Islam bagi Institusi Baitulmal, Zakat dan Wakaf Di Malaysia Fasa 4 (Zon 3)

Di Malaysia, pentadbiran institusi Baitulmal, Zakat dan Wakaf (selepas ini dinyatakan sebagai institusi BZW) dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), selaras dengan peruntukan undang-undang Perlembagaan Malaysia. Secara amnya institusi BZW ditadbir menggunakan dasar sektor awam, namun in...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sulaiman, Maliah, Abdul Hamid, Fatima, Abdul Rashid, Hafiz Majdi, Siraj, Siti Alawiah, Che Mohd Salleh, Marhanum, Ismail, Yusof
Format: Monograph
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/78970/1/BZW%20IIUM%20Report%201%20Phase%204%20FINAL%202020.pdf
http://irep.iium.edu.my/78970/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Di Malaysia, pentadbiran institusi Baitulmal, Zakat dan Wakaf (selepas ini dinyatakan sebagai institusi BZW) dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), selaras dengan peruntukan undang-undang Perlembagaan Malaysia. Secara amnya institusi BZW ditadbir menggunakan dasar sektor awam, namun institusi ini mempunyai perbezaan atau keunikan dalam pentadbirannya berbanding dengan agensi sektor awam yang lain, iaitu institusi ini berlandaskan Islam. Mutakhir ini peranan dan perkembangan institusi BZW dalam membangunkan ekonomi dan harta umat Islam semakin ketara dan meningkat. Aktiviti berkaitan zakat semakin meluas dan pembangunan hartanah baitulmal dan wakaf lebih dinamik. Selaras dengan perkembangan ini, suatu piawaian perakaunan dan pelaporan kewangan khusus bagi institusi BZW yang berlandaskan Islam perlu diwujudkan bagi membantu institusi BZW dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Ini bagi membolehkan setiap kegiatan dan perkhidmatan yang dilakukan oleh institusi tersebut dapat dilaporkan dengan telus sepertimana tuntutan Syariah. Amalan perakaunan yang seragam dan mematuhi keperluan Syariah diharapkan dapat membantu semua pemegang taruh mendapat maklumatmaklumat yang diperlukan berkaitan dengan aktiviti institusi BZW. Amalan dan kaedah perakaunan semasa yang sedikit berbeza di antara institusi BZW di negeri yang berbeza memberi kesan kepada ketelusan maklumat dan akauntabiliti institusi berkenaan. Kajian Fasa 1, 2 dan 3 mendapati ketiadaan piawaian khusus bagi perakaunan dan pelaporan BZW sebagai punca ketidakseragaman amalan dan kaedah perakaunan semasa. Sehubungan dengan itu, pembangunan piawaian adalah dituntut bagi memastikan agar perbezaan pelaporan dan perakaunan tidak terlalu ketara. Dalam konteks BZW, harus diingat bahawa memang terdapat perbezaan yang berpunca dari beberapa sebab seperti kelainan transaksi, perbezaan keputusan majlis fatwa negeri dan juga amalan tradisi yang telah diwarisi sejak sekian lama. Perbezaan ini perlu diraikan kerana kemungkinan terdapat kekangan tertentu yang tidak boleh atau agak sukar untuk dilaksanakan secara serta merta. Menyedari perkara ini, terdapat keperluan untuk menyeimbangi antara keperluan penyeragaman dan meraikan perbezaan. Oleh itu, usaha untuk membangunkan garis panduan yang boleh dijadikan rujukan buat institusi BZW menjadi satu keperluan.