Amalan perakaunan zakat di majlis agama Islam negeri terpilih

Ketiadaan piawaian khusus untuk perakaunan zakat telah menyebabkan wujudnya ketidakseragaman amalan perakaunan zakat oleh pentadbir zakat di Malaysia. Ianya juga telah menyebabkan pentadbir zakat didakwa mengalami masalah ketelusan dalam pentadbiran berkaitan zakat. Tujuan penulisan ini adalah untuk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Che Mohd Salleh, Marhanum, Siraj, Siti Alawiah
Format: Article
Language:English
Published: Institut Perakaunan Negara 2019
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/78312/1/3.%20Amalan%20Perakaunan%20Zakat%20di%20Majlis%20Agama%20Islam%20Negeri%20Terpilih.pdf
http://irep.iium.edu.my/78312/
http://jurnal.ipn.gov.my/Volume%209,2019.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ketiadaan piawaian khusus untuk perakaunan zakat telah menyebabkan wujudnya ketidakseragaman amalan perakaunan zakat oleh pentadbir zakat di Malaysia. Ianya juga telah menyebabkan pentadbir zakat didakwa mengalami masalah ketelusan dalam pentadbiran berkaitan zakat. Tujuan penulisan ini adalah untuk meninjau amalan perakaunan kutipan dan agihan zakat yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) terpilih. Seterusnya, penulisan ini akan membincangkan amalan perakaunan yang lebih bertepatan dengan konvensyen perakaunan yang diterima pakai serta mematuhi keperluan Syariah yang boleh dijadikan asas untuk pembangunan piawaian zakat. Pengumpulan data telah dijalankan melalui analisa ke atas Penyata Kewangan 2016 MAIN tersebut dan perbincangan kumpulan fokus bersama pegawai-pegawai MAIN yang berkaitan dengan pentadbiran zakat. Kajian mendapati kesemua MAIN terpilih telah melaksanakan perakaunan dana (fund accounting). Namun, perakaunan tunai digunakan bagi merekodkan urus niaga berkaitan zakat. Kutipan zakat diakaunkan sebagai hasil bagi Kumpulan Wang (KW) Zakat selaras dengan perakaunan dana. Agihan secara langsung (konsumtif) diakaunkan sebagai perbelanjaan (operasi) KW Zakat di kesemua MAIN terpilih. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan dalam merekodkan agihan produktif zakat. Majoriti MAIN merekodkan agihan produktif yang melibatkan perbelanjaan modal (aset) sebagai perbelanjaan (operasi) KW Zakat dan tiada pengiktirafan aset.