Kesantunan berbahasa dalam rancangan bual bicara di Ikimfm.

Makalah ini akan mengenal pasti pola kesantunan berbahasa rancangan bual bicara Celik Mata Reset Minda Pengguna Laman Sosial di radio IKIMfm. Kajian berfokus pada dialog dua peserta perbualan dalam struktur pengenalan, iaitu pengacara dan tetamu undangan tetap ketika memulakan rancangan dengan menga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Johari, Arina, Abd Aziz, Ainul Afiqin
Format: Article
Language:English
Published: Kulliyyah of Languages and Management (KLM) International Islamic University Malaysia (IIUM) Jalan Gombak, Selangor Darul Ehsan P.O. Box 10, 50728 Kuala Lumpur Malaysia. 2017
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/78308/1/78308.pdf
http://irep.iium.edu.my/78308/
http://iium.edu.my/media/26641/International%20Young%20Scholars%20Journal%20of%20Language%20%284%29.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini akan mengenal pasti pola kesantunan berbahasa rancangan bual bicara Celik Mata Reset Minda Pengguna Laman Sosial di radio IKIMfm. Kajian berfokus pada dialog dua peserta perbualan dalam struktur pengenalan, iaitu pengacara dan tetamu undangan tetap ketika memulakan rancangan dengan mengaplikasi beberapa metod antaranya analisis teks, transkripsi dan kaedah kuantitatif. Sebanyak sembilan dialog dalam struktur pengenalan dianalisis menggunakan kerangka Teori Kesantunan Brown dan Levinson (1987) dan Prinsip Kerjasama (PK) Grice (1975). Dapatan kajian menunjukkan peserta perbualan mematuhi strategi Kesantunan Positif dan Kesantunan Negatif mewakili model Brown dan Levinson serta maksim Kuantiti dan Relevan mewakili PK Grice. Strategi Kesantunan Positif mendominasi keseluruhan ujaran peserta agar situasi bebas konflik dapat dicapai. Dapatan kajian turut memperlihatkan strategi dan maksim yang diaplikasi amat signifikan dalam menzahirkan kesantunan sebenar peserta bual bicara secara lebih komprehensif. Walau bagaimanapun, dapatan ini masih lagi bersifat tentatif kerana hanya sebahagian sahaja data yang dianalisis bagi penulisan makalah ini.