Jangan cari salah, cetus pergaduhan
Islam sebagai agama Rahmatan Lil Alamin (rahmat kepada seluruh alam), tidak ada masalah dengan isu bangsa atau agama dan ulama menjelaskan pendekatan terbaik perlu difahami umat Islam untuk berurusan sesama saudara seagama serta yang bukan Islam. Pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Ag...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
New Straits Times Press (M) Bhd.
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/75892/1/Jangan%20cari%20salah%2C%20cetus%20pergaduhan%20_%20Agama%20_%20Berita%20Harian.pdf http://irep.iium.edu.my/75892/ https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/09/607311/jangan-cari-salah-cetus-pergaduhan |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Islam sebagai agama Rahmatan Lil Alamin (rahmat kepada seluruh alam), tidak ada masalah dengan isu bangsa atau agama dan ulama menjelaskan pendekatan terbaik perlu difahami umat Islam untuk berurusan sesama saudara seagama serta yang bukan Islam.
Pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama Kuliyyah Ilmu Berteraskan Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Ayman Al-Akiti, berkata Islam sejak awal sudah membuat penegasan.
Firman Allah SWT: “Untukmu agamamu, dan untukku, agamaku.” (Al-Kafirun: 6)
Justeru katanya, perihal agama tidak boleh ada tawar-menawar kerana umat Islam mengakui dan meyakininya sebagai agama benar tetapi menerima hakikat pemberian hidayah dan kesesatan itu milik Allah SWT.
“Persoalan sekarang, bagaimana untuk hidup dalam negara yang bukan sahaja berbilang kaum, bahkan berlainan agama.
“Kita perlu menghayati apa ditekankan ulama mengenai hubungan sesama Muslim dan hubungan dengan bukan Islam,” katanya.
Beliau berkata, dalam hubungan sesama Muslim, perbezaan tidak menghalang untuk hidup bersama melalui sikap saling menghormati dan bersangka baik kerana umat Islam mempunyai aliran dan pemikiran sama, cuma berbeza dari segi amali serta mazhab.
Ayman berkata, perbezaan mazhab seperti Shafie, Hanafi, Maliki dan Hambali dalam umat Islam di seluruh dunia yang tidak mengancam atau menggugat akidah, membolehkan umat Islam hidup harmoni.
Kedua, dalam hubungan sesama Muslim tetapi berbeza aliran pemikiran yang tidak mengancam keimanan atau keislaman seseorang pula, ulama menekankan umat Islam mengambil pendekatan taqrib, iaitu bekerjasama dalam perkara disepakati.
Di negara yang sepakat dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), tidak berdepan masalah kerana umat Islam menjunjung tinggi empat sahabat, meraikan empat mazhab, mengikut kitab Asya’irah dan Maturidiah.
“Apa yang timbul persoalan, bagaimana reaksi kita dengan negara Islam lain seperti Iran bermazhab Syiah dalam hal akidah, apakah kita hendak bergaduh dengan mereka.
“Jawapannya, tidak boleh kerana mereka masih Islam, manakala darah, ahli keluarga dan harta mereka haram dirampas. |
---|