اللغة العربية = Bahasa Arab cara mudah dan praktikal: tasrif al-af'aal

Untuk anda Mahir dalam Bahasa Arab, anda perlu berlatih…berlatih dan …terus berlatih. Kami di Taysir Arabia akan membantu anda berlatih dengan betul hingga mahir berbahasa Arab Insyallah. Bagaimanakah caranya? - Bermula dengan (اقرأ) ertinya “bacalah”: kerana dengan pembacaan yang betul dan be...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Yasir, Salleh, Radziah
Format: Book
Language:English
Published: Taysir Arabia Plt 2017
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/62842/1/62842_Bahasa%20Arab%20cara%20mudah%20dan%20praktikal.pdf
http://irep.iium.edu.my/62842/
https://www.facebook.com/taysirarabia/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Untuk anda Mahir dalam Bahasa Arab, anda perlu berlatih…berlatih dan …terus berlatih. Kami di Taysir Arabia akan membantu anda berlatih dengan betul hingga mahir berbahasa Arab Insyallah. Bagaimanakah caranya? - Bermula dengan (اقرأ) ertinya “bacalah”: kerana dengan pembacaan yang betul dan berterusan walaupun sedikit, tahap bahasa anda pasti akan meningkat. oleh itu Taysir Arabia akan menerbitkan buku-buku bacaan Bahasa Arab untuk 3 tahap (Permulaan, Pertengahan dan Tinggi), ciri-ciri utamanya ialah bahasa yang mudah dengan nilai murni yang indah serta motivasi yang terserlah. - Mendengar nasyid atau ceramah ringkas Bahasa Arab: jika anda kerap dengar suara penutur jati Bahasa Arab dan memahaminya, walaupun sedikit.. sedikit, anda pasti akan tertarik dan terkesan dengan bunyi dan intonasi Arab yang betul, ia juga membantu anda secara langsung berbual dengan ayat dan bunyi yang betul. - Belajar tatabahasa Arab (Nahu) dengan lengkap, buat masa ini Taysir Arabia telah menerbitkan buku tatabahasa Arab pertamanya, iaitu: Tasrif Al-Af’aal, ia merupakan buku lengkap tentang pengolahan kata kerja Bahasa Arab, ia akan disusuli dengan dua buah buku lagi insyallah untuk melengkapi keseluruhan nahu Bahasa Arab. - Menjawab soalan latih tubi dan menyemak jawapan sendiri, buku-buku Nahu Taysir Arabia menekankan praktikal, buku pertama “Tasrif Al-Af’aal” mengandungi hanya 15% teori dan lebih dari 85% latihan praktikal. Ini semua untuk membantu anda berlatih…berlatih dan … terus berlatih.