Konsep perubatan Islam dalam Tafsir al-Azhar
Kajian ini mengenal pasti peranan yang dimainkan oleh Hamka (1908-1981) dalam mengkaji perubatan Islam yang dikemukakan dalam tafsirnya. Ia bertujuan untuk membincangkan idea dan pelaksanaan perubatan Islam yang dibahaskan dalam Tafsir al-Azhar serta metode yang dikembangkan dalam penafsiran ayat-ay...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/58393/8/58393_Konsep%20perubatan%20Islam%20dalam%20tafsir%20al-Azhar.pdf http://irep.iium.edu.my/58393/ http://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=39 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini mengenal pasti peranan yang dimainkan oleh Hamka (1908-1981) dalam mengkaji perubatan Islam yang dikemukakan dalam tafsirnya. Ia bertujuan untuk membincangkan idea dan pelaksanaan perubatan Islam yang dibahaskan dalam Tafsir al-Azhar serta metode yang dikembangkan dalam penafsiran ayat-ayat shifa dan ruqyah dalam al-Qur’an. Ia merangkumi amalan dan perawatan spiritual, mental, dan fizikal. Metode kajian adalah bersifat huraian dan analisa secara kritikal dengan mengetengahkan ayat-ayat al-Qur’an yang berkait dengan ilmu perubatan dan melihat penafsiran dan kupasan oleh Hamka dalam menggali hikmah dan kefahaman ayat-ayat tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pada asasnya fikrah dan idea perubatan (tibb) yang diketengahkan dalam tafsir beliau berbentuk tafsiran falsafah, tanpa menggariskan pelaksanaan perubatan yang mendalam. Namun, pemikiran ini merupakan tunggak kajian kepada konsep perubatan dalam Islam dan permulaan kepada kajian yang lebih mendalam. Perbincangannya lebih menekankan pada keseimbangan jiwa dan raga, spiritual dan material, rohani dan jasmani sebagai asas daripada pemikiran tibb yang dikembangkan dan kefahaman yang digarap dalam mengistinbat hukum. |
---|