Nutrien pemakanan dan kesannya terhadap hukum halal = nutrients in food and the halal status

Nutrien pemakanan adalah zat yang terkandung dalam makanan dan minuman, dan ia adalah maksud sebenar dan tujuan utama manusia melakukan perbuatan makan dan minum. Ini kerana makanan dan minuman adalah satu cara manusia memelihara dan memulihara kesihatan tubuh badan untuk tujuan yang dikehendaki All...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mat Jubri@Shamsuddin, Mustafa
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/56950/13/56950_Nutrien%20Pemakanan%20dan%20Kesannya_complete.pdf
http://irep.iium.edu.my/56950/
http://ukmsyariah.org/en/schedule/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Nutrien pemakanan adalah zat yang terkandung dalam makanan dan minuman, dan ia adalah maksud sebenar dan tujuan utama manusia melakukan perbuatan makan dan minum. Ini kerana makanan dan minuman adalah satu cara manusia memelihara dan memulihara kesihatan tubuh badan untuk tujuan yang dikehendaki Allah iaitu ibadah. Kesihatan dan ketidakmudaratan tubuh badan menjadi satu matlamat yang dicapai melalui jalan pemakanan benda-benda yang mempunyai nutrien yang baik. Oleh yang demikian, sewajarnya proses penghalalan produk makanan dan minuman mengambil kira aspek nutrien yang terkandung di dalamnya dari sudut kesannya terhadap kesihatan, dan bukan hanya sekadar mengambil kira aspek ketiadaan bahan yang diharamkan. Kajian ini menjurus kepada persoalan bagaimana seharusnya hukum halal bagi makanan dan minuman itu merangkumi kesan yang terhasil dari nutrien pemakanan ke atas pengguna. Kajian ini akan menggunakan metode kualitatif dengan menjadikan kaedah-kaedah syarak sebagai sandaran dalam menilai sejauh mana nutrien pemakanan memberi kesan dalam hukum halal terhadap produk makanan dan minuman. Kehalalan makanan dan minuman tidak hanya terbatas dengan melihat apa terkandung sahaja bahkan perlu juga mengambil kira apa yang terhasil dan terkesan darinya.