تاريخ المصحف الشريف = Sejarah Mushaf Al-Syariff

Al-Qur’an sebagai contoh, mempunyai banyak kisah-kisah manusia terdahulu yang memperlihatkan kesombongan, keengkaran, kedegilan, ketaksuban dan bermacam-macam lagi perangai yang akhirnya menghalalkan bala Allah s.w.t ke atas mereka atas sebab kemungkaran tersebut. Tetapi sayangnya, ‘ibrah daripada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd. Hamid, Felza Zulhibri
Format: Book
Language:Malay
Published: Sohabah Salam Entreprise 2013
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/55119/7/55119_Sejarah%20Mushaf%20Al-Syariff-Front.pdf
http://irep.iium.edu.my/55119/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Al-Qur’an sebagai contoh, mempunyai banyak kisah-kisah manusia terdahulu yang memperlihatkan kesombongan, keengkaran, kedegilan, ketaksuban dan bermacam-macam lagi perangai yang akhirnya menghalalkan bala Allah s.w.t ke atas mereka atas sebab kemungkaran tersebut. Tetapi sayangnya, ‘ibrah daripada kisah-kisah ini semacam tidak diperdulikan langsung oleh kebanyakkan umat Islam lantas menjadikan al-Qur’an itu hanya bahan bacaan semata-mata, tidak lebih daripada itu. xv Maka dengan ini, dalam membentangkan fakta-fakta tentang sejarah mushaf bermula daripada asal kemunculan bahasa Arab sehinggalah munculnya sebuah mushaf yang lengkap, penulis cuba menyertakan sekali pengajaran yang tersemat ketika mana ayat-ayat al-Qur’an itu dikumpulkan merentasi tiga zaman yang berlainan. Hal ini demikian ianya diharapkan mampu menyedarkan umat Islam khususnya bagi mereka yang bergelumang dengan al-Qur’an sepanjang masa agar kembali mengingati tugas utama mereka iaitu menjadi khalifah di muka bumi Allah s.w.t. Penulis cuba menghuraikan peranan para Huffaz dan Qurra’ dalam ruang lingkup yang lebih luas sesuai dengan kelayakan mereka sebagai pembaca, pendendang dan pembawa ayat-ayat Allah s.w.t sepanjang masa. Penulis juga membentangkan sebuah fakta yang menunjukkan bahawasanya profesion tentera merupakan watak yang paling utama terlaksananya pengumpulan al-Qur’an kali ketiga. Disamping itu, buku ini juga membentangkan isu-isu kontemporari yang berkaitan dengan mushaf dalam usaha menyegarkan kandungannya agar selari dengan tuntutan semasa. Sesungguhnya, sesuatu ilmu itu jikalau disertakan dengan ruh perjuangan ianya akan menjadikan ilmu tersebut segar sepanjang masa kerana sifat perjuangan itu sendiri berpanjangan sehingga hari qiyamat. Maka dengan ini, mana-mana ilmu yang tiada langsung disertakan ruh perjuangan ianya akan hanya menatijahkan empunya diri hilang pedoman, tidak tahu ke mana ilmu itu hendak ditujukan, semakin banyak ilmu semakin tegar melawan Tuhan sekaligus menjadikannya semakin jauh dari yang Maha Menjadikan dan lama-kelamaan menjadi makanan ringan bagi Syaitan.