Pembelajaran Bahasa Arab peringkat sekolah rendah menggunakan EZ-Arabic 2.0: pengenalan dan respons pelajar

Perkembangan teknologi dalam dunia pendidikan turut melibatkan bidang pengajian bahasa Arab. Pelbagai pendekatan baharu dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Arab terutama melibatkan elemen teknologi seperti multimedia dan internet. Bagi membincangkan perihal pemanfaatan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nasir, Mohd Shahrizal, Yahaya, Mohd Firdaus, Abdul Hamid, Mohd Fauzi, Sahrir, Muhammad Sabri
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/52588/1/Shahrizal%20-%20Kertas%20Kerja%20Kongsi%2016%20-%20USIM.pdf
http://irep.iium.edu.my/52588/8/52588_Pembelajaran%20Bahasa%20Arab.pdf
http://irep.iium.edu.my/52588/
http://kongsi16.usim.edu.my/index.php/about-kongsi-16
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan teknologi dalam dunia pendidikan turut melibatkan bidang pengajian bahasa Arab. Pelbagai pendekatan baharu dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Arab terutama melibatkan elemen teknologi seperti multimedia dan internet. Bagi membincangkan perihal pemanfaatan teknologi dalam proses PdP bahasa Arab, makalah ini memperkenalkan satu medium alternatif bagi pembelajaran bahasa Arab yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar di peringkat sekolah rendah. Laman pembelajaran yang dikenali sebagai EZ-Arabic 2.0 dibina bagi membantu para pelajar untuk mempelajari bahasa Arab dengan pemanfaatan teknologi. Proses pembinaan laman EZ-Arabic 2.0 ini dilaksana berdasarkan cadangan dan komentar yang diberikan oleh para pengguna laman di peringkat prototaip awalnya. Hal ini bagi memastikan EZ-Arabic 2.0 dapat berfungsi dengan baik, bukan sahaja mengandungi bahan yang sesuai dengan tahap pembelajaran bahasa Arab di sekolah rendah, malah ia turut memenuhi keperluan semasa para penggunanya. EZ-Arabic 2.0 juga dilihat mampu untuk menjadi satu medium pembelajaran bahasa Arab secara kendiri kerana ia boleh diakses melalui internet di luar ruang kelas. Selain memperkenalkan laman EZ-Arabic 2.0, makalah turut membincangkan respons kumpulan pelajar yang telah menggunakan laman pembelajaran ini. Respons diperolehi dan dianalisis bagi melihat tahap penerimaan pengguna laman EZ-Arabic 2.0 sebagai medium alternatif untuk mempelajari dan memahami bahasa Arab. Berdasarkan analisis yang dibuat, respons pelajar amat positif khususnya melibatkan kandungan laman EZ-Arabic 2.0, persembahan dan minat mereka dalam menggunakan laman ini.