Nilai keterangan elektronik dan digital menurut Akta Keterangan 1950

Perkembangan teknologi maklumat masa kini telah mengubah cara kehidupan masyarakat berkomunikasi, mengendalikan sistem teknologi maklumat dan kaedah pengurusan perniagaan secara elektronik. Terdapat pelbagai jenis maklumat yang memainkan peranan yang penting dan berguna di dalam proses pengendalian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Yunus, Mohamad Ismail
Format: Article
Language:English
Published: Royal Malaysia Police 2013
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/50511/1/PENGAMAN_BIL_1%3A2013_39%3A50_-_Keterangan_Elektronik.pdf
http://irep.iium.edu.my/50511/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan teknologi maklumat masa kini telah mengubah cara kehidupan masyarakat berkomunikasi, mengendalikan sistem teknologi maklumat dan kaedah pengurusan perniagaan secara elektronik. Terdapat pelbagai jenis maklumat yang memainkan peranan yang penting dan berguna di dalam proses pengendalian kes-kes di mahkamah sivil dan jenayah di mana maklumat-maklumat penting disimpan dan direkodkan di dalam sistem komputer. Terdapat banyak syarikat dan individu yang bergantung penuh kepada penggunaan komputer dalam melancarkan urusan seharian. Tidak ketinggalan juga peguambela dan pihak pendakwa yang telah menyedari kelebihan dan kepentingan penggunaan perkakasan elektronik dalam membantu mahkamah menyelesaikan kes-kes. Justeru, penemuan dan penggunaan maklumat-maklumat yang bersumberkan elektronik dapat digunapakai di dalam semua kes yang dikendalikan di mahkamah. Kaedah ini dikenali sebagai “penemuan maklumat secara elektronik”. Keterangan berbentuk elektronik telah digunapakai untuk pelbagai tujuan dalam kes-kes terkini, di antaranya: a) Untuk mengukuhkan alasan pertuduhan dalam kes gangguan seksual. b) Untuk membuktikan kecurian rahsia perniagaan yang dilakukan oleh pekerja atau pihak lain. c) Untuk mengesahkan penciplakan hakcipta atau mengenalpasti penyalahgunaan perisian berlesen. d) Untuk memperolehi maklumat tentang harta persendirian. e) Untuk mendapatkan keterangan mengenai kes penipuan atau aktiviti-aktiviti jenayah. f) Untuk mengukuhkan alasan kes-kes pemecatan kerja secara tidak sah. g) Untuk memberikan keterangan transaksi jualbeli. h) Untuk membuktikan pertalian di antara mangsa pembunuhan dan tertuduh. i) Untuk memberikan keterangan mengenai ugutan bunuh melalui e-mail. j) Untuk mengenalpasti identiti penjenayah Berdasarkan kepada asas dan skop penggunaan bahan bukti elektronik dan digital dalam keterangan seperti yang telah diputuskan dalam kes-kes di atas, timbul persoalan sejauhmanakah keterangan tersebut relevan, berkesan serta boleh digunapakai sebagai bahan bukti di mahkamah? Apakah pula kelemahan, masalah dan cabaran yang dihadapi oleh pihak pendakwa dan peguambela di dalam mengemukakan bahan bukti elektronik dan digital?