Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar: meredah badai, memimpin transformasi

Buku ini membentangkan kisah hidup Tan Sri Dr. Mohd Shukor Mahfar yang sangat istimewa. Bermula sejak zaman kanak-kanak, sehinggalah beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Jatuh bangun dan pengalaman beliau yang berwarna-warni selama 36 tah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hashim, Roosfa
Format: Book
Language:English
Published: Marzuq Print & Trading 2015
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/49086/1/Tan_Sri_Dr_Mohd_Shukor_Mahfar.pdf
http://irep.iium.edu.my/49086/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Buku ini membentangkan kisah hidup Tan Sri Dr. Mohd Shukor Mahfar yang sangat istimewa. Bermula sejak zaman kanak-kanak, sehinggalah beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Jatuh bangun dan pengalaman beliau yang berwarna-warni selama 36 tahun berkhidmat dengan LHDNM menjadikan beliau bukan sahaja disayangi oleh kakitangannya, tetapi juga oleh mereka yang mengangumi kehebatan beliau dalam memimpin institusi percukaian yang ulung di rantau ini. Keberaniannya menghadapi risiko telah lama tersemai dalam diri hasil didikan ayahnya, Sarjan Mahfar. Bakat kepimpinannya dicungkin oleh Cikgu Md Idris Mansor pengetua sekolahnya di Merlimau. Rakan-rakan sepejabat yang lebih senior memberikan cabaran dan galakan kepadanya sehingga membentuk watak kepimpinan Shukor menjadi seorang tokoh percukaian yang dikagumi. Maka tidak hairanlah beliau sentiasa hadir dengan idea dan transformasi yang berjaya membawa LHDNM ke satu dimensi baharu serta disegani oleh organisasi di dalam dan di luar negara. Semoga corak pemikiran dan kepimpinan beliau menjadi inspirasi serta pedoman kepada semua pembaca.