Penjelasan Al-Quran tentang `manusia` kajian tatabahasa Arab dan pentafsiran terhadap ayat-ayat yang dipilih

`Modal Insan` yang agak dilupakan kebelakangan ini telah menjadi satu isu hangat dan sensasi dalam setiap perbincangan forum-forum dan seminar-seminar semenjak ia diperkenalkan dalam RMK9. `Modal Insan` merupakan suatu bentuk modal yang tidak memerlukan kepada pembelian bahan teknologi atau bahan a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yaacob, Solehah@Nik Najah Fadilah, Yaacob, Baharuddin
Format: Article
Language:English
Published: JAKIM 2009
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/4879/1/Penjelasan_al-Quran_tentang_%27manusia%27_kajian_tatabahasa_arab_dan_pentafsiran_%28dr._Solehah_Yaacob%29%5B1%5D.pdf
http://irep.iium.edu.my/4879/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:`Modal Insan` yang agak dilupakan kebelakangan ini telah menjadi satu isu hangat dan sensasi dalam setiap perbincangan forum-forum dan seminar-seminar semenjak ia diperkenalkan dalam RMK9. `Modal Insan` merupakan suatu bentuk modal yang tidak memerlukan kepada pembelian bahan teknologi atau bahan api untuk membangunkan negara. Ianya telah wujud semenjak wujud sebuah negara. Perkataan `Manusia` atau insane di dalam bahasa Arab berasal dari perkataan `Anisa` yang bermaksud yang boleh didekati atau dijadikan kawan, dari perkataan ini lahirlah perkataan `Insaniyyah` dan `Insani` yang memberi makna `Berperikemanusiaan` dan `Kemanusiaan`. Sebagaimana firman Allah وَمَا خَلَقْتُ الجِنَّ والإنسانَ إِِلاَّ ليَعْبُدُوْنَ الزاريات 56 Yang bermaksud “Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk menyembahKu” Pendapat kedua pula menyatakan perkataan `Manusia` itu berasal dari perkataan `nasia` yang bermaksud lupa. Namun begitu pendapat ini agak lemah, oleh itu ahli bahasa berpendapat pandangan yang pertama itu lebih sahih. Secara ringkasnya manusia yang disebut di dalam ayat ini mempunyai tugas-tugas tertentu yang perlu dilaksanakan di dalam hidupnya. Maklum, bahawa kejadian manusia berasal dari tanah, air, api dan angin, jika inilah yang berlaku maka sudah tentu penciptanya amat mengetahui sejauh mana kemampuan `Insan` samada untuk memaksimakan kebolehannya atau mengubati sekiranya ia rosak. Dari sini penulis berpendapat bahawa tidak mesti tidak analisa terhadap ayat-ayat al-Quran mengikut gaya bahasanya iaitu bahasa Arab Fushah adalah amat diperlukan. Oleh itu kertas kerja ini cuba menyingkap maksud beberapa ayat al-Quran yang mempunyai kaitan dengan `manusia`. Nilai modal insan ini walaupun tidak pernah tertera dengan jelas dalam laporan untung rugi mana-mana organisasi, ia berperanan besar dalam menentukan prestasi organisasi terbabit. Dalam konteks lebih luas, modal insan mencorak hala tuju sesebuah negara ke arah wawasan yang disasarkan. Tanpa sumber manusia berkualiti, sesebuah negara akan lemah kerana ketiadaan faktor manusia yang menjadi pencetus kepada inisiatif baru dalam kegiatan sosioekonominya.