Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757)

PENDAHULUAN Pengurusan harta bangunan bertingkat atau dikenali sebagai harta strata telah diperkenalkan secara rasmi pada tahun 1985 melalui Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318). Akta ini mengandungi peruntukan mengenai pengurusan dan pengeluaran hak milik dan penubuhan Lembaga Hakmilik Strata...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad, Nor Asiah
Format: Article
Language:English
Published: Dewan Bahasa dan Pustaka 2015
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/47545/1/DBP_Akta-Pengurusan-Strata.pdf
http://irep.iium.edu.my/47545/
http://jurnalkanun.dbp.my/wordpress/?p=1512
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:PENDAHULUAN Pengurusan harta bangunan bertingkat atau dikenali sebagai harta strata telah diperkenalkan secara rasmi pada tahun 1985 melalui Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318). Akta ini mengandungi peruntukan mengenai pengurusan dan pengeluaran hak milik dan penubuhan Lembaga Hakmilik Strata bagi menyelesaikan sebarang pertelingkahan selain merujuk kes ke mahkamah. Walau bagaimanapun pengurusan strata di bawah Akta 318 ini hanya merangkumi tempoh hak milik setelah strata dikeluarkan dan tidak menyebut tentang pengurusan sewaktu hak milik strata masih dalam tempoh permohonan. Kelemahan ini diatasi dengan memperkenalkan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan Pengurusan) 2007(BHB) (Akta 663). Walau bagaimanapun, Akta 663 ini sering disifatkan sebagai “setengah masak” dan dianggap tidak komprehensif. Untuk mengatasi kelemahan terdahulu, akta terbaharu diperkenalkan, iaitu Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) yang telah mendapat Perkenan Diraja pada 5 Februari 2013 dan diwartakan pada 8 Februari 2013. Akta ini dikuatkuasakan pada Jun 2014. Akta 757 ini berfungsi untuk memberikan penyelesaian kepada pelbagai masalah yang dihadapi oleh pelbagai pihak dalam proses untuk menguruskan harta strata. Akta ini menangani dua isu utama ketika itu, iaitu pengurusan dan penyenggaraan harta strata serta penyelesaian pertelingkahan dengan kewujudan Tribunal Pengurusan Strata.