Bahasa kognitif dalam pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran berfikir bersepadu

Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan penggunaan bahasa oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) kemahiran berfikir. Ia akan mendefinisikan konsep bahasa kognisi dalam PdP guru. Seterusnya, menjelaskan dan membincangkan aspek-aspek bahasa tersebut. Ketepatan menggunakan bahasa dala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Che Seman, Shamilati, Embong , Rahimah, Wan Yusoff, Wan Mazwati
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/45396/1/45396.pdf
http://irep.iium.edu.my/45396/
https://www.unisza.edu.my/icic/images/Fullpaper/59_-_Shamilati_Che_Seman.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan penggunaan bahasa oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) kemahiran berfikir. Ia akan mendefinisikan konsep bahasa kognisi dalam PdP guru. Seterusnya, menjelaskan dan membincangkan aspek-aspek bahasa tersebut. Ketepatan menggunakan bahasa dalam menjana keupayaan berfikir akan memberi kesan kepada penentuan kebijaksanaan atau kelemahan individu secara keseluruhannya. Justeru, bahagian pertama perbincangan ini adalah konsep berbahasa dalam mengajar kemahiran berfikir secara berfikrah. Bahagian kedua kertas konsep ini menjelaskan rangka kerja teoritikal yang membina konsep berdasarkan tujuh tema, iaitu perbendaharaan kata; bahasa untuk mengemukakan soalan kritis; bahasa dalam menyediakan maklumat, bukan penyelesaian; bahasa untuk menangani spesifikasi; membangunkan metakognisi; dan menganalisis logik bahasa. Dapatan dan beberapa implikasi konsep bahasa kognisi terhadap PdP akan dibincangkan di dalam bahagian ketiga. Sehubungan itu, kajian ini menggunakan kaedah analisis secara kritikal dan konseptual secara kualitatif serta pemerhatian berstruktur terhadap PdP guru di bilik darjah. Dapatan menunjukkan bilik darjah ‘thoughtfulness’ mengaplikasikan tema-tema tersebut, namun dalam tahap yang berbeza bergantung pada subjek dan tahap kebolehan murid. Intihanya, dengan mengintegrasikan interaksi kekompleksan bahasa, pemikiran dan tindakan, guru boleh merangsang dan meningkatkan pemikiran murid.