Sastera sebagai sumber ilmu: satu tinjauan terhadap sorotan pengertian al-adab

Sastera merupakan antara bidang kesenian yang mampu menggambarkan pemikiran, perasaan, malah kepercayaan manusia. Sastera menjadi antara medium berkesan bagi menyerlahkan identiti sesuatu klompok masyarakat. Persepsi yang menyatakan bahawa sastera merupakan medium untuk mencapai keseronokan dan hibu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad H.Osman, Rahmah, Nasir, Mohd Shahrizal
Format: Article
Language:English
Published: Sultan Sharif Ali Islamic University, Brunei Darussalam 2014
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/43539/1/SASTERA_SEBAGAI_SUMBER_ILMU.pdf
http://irep.iium.edu.my/43539/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sastera merupakan antara bidang kesenian yang mampu menggambarkan pemikiran, perasaan, malah kepercayaan manusia. Sastera menjadi antara medium berkesan bagi menyerlahkan identiti sesuatu klompok masyarakat. Persepsi yang menyatakan bahawa sastera merupakan medium untuk mencapai keseronokan dan hiburan sahaja haruslah ditolak kerana hakikatnya, sastera merupakan sumber ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh manusia. Perkara ini semakin jelas apabila diterokai konotasi makna "al-adab" menerusi beberapa zaman bermula dari zaman Jahiliah sehingga era Moden menurut kesusasteraan Arab. Makalah ini akan meninjau pengertian kalimah "al-adab" yang kini diterjemahkan sebagai "kesusasteraan" bagi menyerlahkan fungsi sebenar sastera menurut kesusasteraan Arab. Makalah ini dapat menyimpulkan bahawa, konsep "al-adab" sebagai wadah berkesan dalam proses penyebaran ilmu pengetahuan haruslah dikembalikan sebagaimana yang difahami daripada makna asalnya menerusi sorotan sejarah kesusasteraan Arab. Istilah "sastera" telah dijelaskan fungsinya iaitu untuk mendidik masyarakat ke arah nilai-nilai yang murni dan terpuji (al-mahamid) dan menghindarkan mereka daripada sifat-sifat tercela (al-maqabih). Perkara ini seharusnya turut diaplikasikan dalam kesusasteraan Melayu agar sastera terus berfungsi sebagai wadah penyampaian ilmu yang bermanfaat kepada anggota masyarakat.