Kepentingan integrasi zakat dan kewangan mikro Islam terhadap keusahawanan sosial

Konsep keusahawanan sosial dan kewangan mikro Islam merupakan integrasi yang semakin penting dalam membantu meningkatkan tahap ekonomi asnaf miskin dan seterusnya membasmi kemiskinan secara keseluruhannya. Kepentingan integrasi keusahawanan sosial dan kewangan mikro Islam tentunya terletak kepada u...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hamdan, Hamdino, Othman, Pazim
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/39962/1/Full_Paper_Hamdino_Hamdan.pdf
http://irep.iium.edu.my/39962/4/39962.pdf
http://irep.iium.edu.my/39962/
http://umconference.um.edu.my/ICSE2014
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Konsep keusahawanan sosial dan kewangan mikro Islam merupakan integrasi yang semakin penting dalam membantu meningkatkan tahap ekonomi asnaf miskin dan seterusnya membasmi kemiskinan secara keseluruhannya. Kepentingan integrasi keusahawanan sosial dan kewangan mikro Islam tentunya terletak kepada usaha untuk menyelesaikan masalah sosio ekonomi secara bersama, dengan memanfaatkan segala sumber yang ada dan mencari dana untuk membantunya. Bermula dari pelancaran Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971,kerajaan Malaysia telah menyedari kepentingan keusahawanan sosial dalam menyokong pembangunan perniagaan kecil (microenterprise) bagi tujuan pembasmian kemiskinan.Program ‘Pembangunan Usahawan Asnaf’ (PUA) yang dikendalikan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) adalah di antara program yang berkonsepkan keusahawanan sosial dan kewangan mikro Islam yang berjaya diperkenalkan kepada asnaf miskin. Justeru fokus kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan program yang dijalankan oleh LZS berasaskan kepada konsep keusahawanan sosial. Keputusan kajian menunjukkan bahawa program ini berjayameningkatkan pendapatan peserta bagi tujuan pembasmian kemiskinan. Keputusan kajianjuga menunjukkan bahawa proses dan prosedur program, kelayakan pegawai, sikap danpengalaman pegawai mempengaruhi pendapatan perniagaan peserta. Kajian ini jugamembuktikan bahawa menerusi perspektif Islam, aspek pembangunan rohani adalah sangatpenting dalam meningkatkan keberkesanan program PUA LZS menerusi bantuan modal perniagaan.