Penggunaan kalimah `Allah`: satu analisa sejarah dari perspektif hukum syarak

Isu kalimah ` Allah` merupakan bukti bahawa masyarakat Malaysia masih lagi tidak mempunyai maklumat secara mendalam tentang asal usul Bahasa Arab yang merupakan Bahasa al-Quran. Untuk menjelaskan isu ini dengan lebih terperinci terhadap asal usul Bahasa al-Quran ini kajian terhadap kalimah Allah m...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
Main Authors: Yaacob, Solehah@Nik Najah Fadilah, Yaacob, Adli, Yaacob, Baharuddin
格式: Article
语言:English
出版: Jabatan Kehakiman Dan Syariah Malaysua. 2014
主题:
在线阅读:http://irep.iium.edu.my/39097/1/JKSM-JURNAL_HUKUM-Kalimah_ALLAH.pdf
http://irep.iium.edu.my/39097/
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Isu kalimah ` Allah` merupakan bukti bahawa masyarakat Malaysia masih lagi tidak mempunyai maklumat secara mendalam tentang asal usul Bahasa Arab yang merupakan Bahasa al-Quran. Untuk menjelaskan isu ini dengan lebih terperinci terhadap asal usul Bahasa al-Quran ini kajian terhadap kalimah Allah merupakan satu sampel pembuktian bahawa sistem nahu telah dipraktikkan, maka kalimah `Allah` melalui pendekatan linguistik nahu Arab perlu diperbahaskan untuk mengetahui bila munculnya perkataan ini. Ibnu Manzur dalam kitabnya Lisaan al- Arab telah membincangkan makna Kalimah Allah ini dengan panjang lebar. Perkataan `Allah` pada hakikatnya berasal dari perkataan إِلاَهٌ berasal dari wazan فِعَالٌ yang kemudian berubah ke wazan مَفْعُوْلٌ atau مَأْلُوْهٌ bermakna yang disembah. Adapun Sibawaih telah menyebut dalam kitabnya al-Kitab bahawa Arab Jahiliyah telah menggunakan perkataan لاهٌ dengan membuang perkataan `Lam` kedua dan pertama pada kalimah Allah ini. Ini bermakna apabila perkataan لاهٌ ini sempurna atau `complete in nominative rules` ia disebut `الله ` yang mana iaNYA digunakan di dalam al-Quran sahaja. Maka Kitab-kitab sebelum al-Quran tidak menggunakan perkataan `الله `. Oleh itu kajian seperti ini perlu diperbahaskan dengan terperinci memadangkan Kalimah Allah ini merupakan pegangan aqidah umat Islam.