Karya agung mathnawi Jalaluddin Rumi

Maulana Jalálu’ddín Rúmí (1207-1273), yang lebih dikenali di Barat sebagai Rumi, merupakan seorang guru kerohanian dan kebatinan yang terunggul dalam sejarah dunia. Beliau berdiri seperti puncak gunung-ganang tinggi menegak di persekitaran perairan luas kewujudan manusia. Risalah kerohaniannya tela...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Razak al-Aidrus (trans.), Mohamed Ajmal
Other Authors: Orak, Muhammet Ali
Format: Book
Language:English
Published: Majlis Perbandaran Konya Penerbitan Budaya 2014
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/38258/1/Mathnawi_Rumi.pdf
http://irep.iium.edu.my/38258/
http://www.konyakultur.com/yayin.asp?kid=1
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Maulana Jalálu’ddín Rúmí (1207-1273), yang lebih dikenali di Barat sebagai Rumi, merupakan seorang guru kerohanian dan kebatinan yang terunggul dalam sejarah dunia. Beliau berdiri seperti puncak gunung-ganang tinggi menegak di persekitaran perairan luas kewujudan manusia. Risalah kerohaniannya telah menyentuh berjuta-juta sanubari dalam peredaran zaman. Rumi telah menyatukan ilmu budaya agama, pengetahuan Sufi dan puisi yang tertulis sebelum masanya dengan ketajaman fikiran dan kepetahan. Hidup Maulana dan budaya yang beliau mulakan berupa satu kenyataan mengenai kekentalan risalah kerohanian Islam. Seperti mana yang Rumi sebut dalam “Pendahuluan” karya agung Mathnawi, karyanya bukan lain hanya ulasan makna perkara-perkara tertentu Al-Quran, kitab suci Islam. Dalam bahasa Sufi, Rumi ialah manusia sempurna (al-insán al-kámil) yang telah menyanyikan sebuah lagu yang teramat merdu dan bermakna mengenai cinta, belas kasihan dan ketemanan. Rúmí ialah seorang guru kerohanian sebelum segalanya. Beliau telah menulis puisi tetapi tidak boleh dianggap hanya sebagai penyair sahaja. Beliau telah menyampaikan cerita tetapi tidak boleh dilihat sebagai hanya pencerita sahaja. Jauh daripada apa yang orang sangkakan, beliau bukanlah seorang guru untuk satu agama zaman baru moden. Beliau seorang murshíd dan pír, seorang mahaguru yang memimpin kepada jalan kesempurnaan dan pencapaian kerohanian. Seperti yang telah terbukti dalam sejarah lama budaya Maulana dan kemasyhuran terkini Rumi di seluruh dunia, semua insan menemui sesuatu dalamnya. Kita jelaskan dengan satu peribahasa abadinya, “Matahari bersinar di atas taman serta lumpur.” Namun setiap insan “mengambil bahagiannya daripada lautan sebanyak mana yang cawan masing-masing dapat mengandungi.” Mathnawi merupakan matahari yang bersinar ke atas setiap jiwa dan hati. Keadaan kini manusiawi terlakar dengan satu krisis kedaifan kerohanian. Masalah yang tidak terhitung yang menyelubungi kita perlukan perhatian segera, dan saya ketahui satu kenyataan: kita dapat mengharungi rintangan ini hanya dengan balik kepada risalah abadi Rumi mengenai kebebasan cinta dan kerohanian. Risalah ini untuk semua dan semua zaman, dan ini melangkaui batasan kenegaraan dan bahasa. Seperti mana yang dikatakan oleh Rumi dengan begitu indah, “Sekiranya hanya yang baik sahaja datang ke pintu kamu, ke manakah yang tidak bernasib baik akan pergi?” Di sini saya ingin memuliakan Prof. Dr. Sayyid Mohamed Ajmal Abdul Razak Al-Aidrus, seorang pemikir Islam terkenal, kerana sumbangan besar terjemahan Bahasa Melayu sastera karya agung Mathnawinya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Saim Kayadibi yang telah menyumbang tenaga untuk membolehkan pencetakan buku ini, termasuk semua yang terlibat dalam penerbitan karya ini. Semoga karya baru ini membawa berkat dan kemanfaatan. Tahir Akyürek Datuk Bandar Kawasan Perbandaran Metropolitan Konya, Turkey.