Panduan pelaksanaan aktiviti anak permata

Buku panduan perlaksanaan aktiviti anak PERMATA merupakan buku panduan kepada pensyarah, jurulatih, pengusaha, pendidik dan pengasuh, pendidik dan pengasuh untuk menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak berumur 0-4 tahun. Buku ini menghuraikan aktiviti yang dicadangkan dalam buku Kurikulum PERMATA N...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Badzis, Mastura
Format: Book
Language:English
Published: Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) 2010
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/32004/1/panduan_pelaksanaan_aktiviti_anak_permata_1.pdf
http://irep.iium.edu.my/32004/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Buku panduan perlaksanaan aktiviti anak PERMATA merupakan buku panduan kepada pensyarah, jurulatih, pengusaha, pendidik dan pengasuh, pendidik dan pengasuh untuk menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak berumur 0-4 tahun. Buku ini menghuraikan aktiviti yang dicadangkan dalam buku Kurikulum PERMATA Negara. Oleh yang demikian, buku Kurikulum PERMATA Negara perlu dirujuk dahulu sebelum menggunakan buku panduan ini bagi memastikan konsep, falsafah dan bidang perkembangan telah difahami dan dihayati sebelum melaksanakan aktivit PERMATA. Aktivit-aktivit dalam buku panduan ini telah dirancang dan dibina oleh panel yang terdiri dari pakar-pakar balam bidang perkembangan kanak-kanak, pensyarah, pendidik dan pengusaha TASKA yang berwibawa dan berpengalaman. Kurikulum PERMATA, umur kanak-kanak, tahap perkembangan, persekitaran pembelajaran dan budaya setempat. Buku Panduan Pelaksanaan Aktivit anak PERMATA terdiri daripada lima modul yang mengandungi modul 1 untuk bayi berumur 0-6 bulan, modul 2 untuk bayi berumur 6-12 bulan, modul 3 untuk kanak-kanak berumur 1-2 tahun, modul 4 untuk kanak-kanak berumur 2-3 tahun dan modul 5 untuk kanak-kanak berusia 3-4 tahun. Selain daripada aktiviti yang merangkumi enam bidang perkembangan, buku panduan ini juga menyenaraikan tahap perkembangan kanak-kanak mengikut umur bagi membolehkan pendidik merancang aktiviti bersesuaian dengan tahap kebolehan kanak-kanak. Buku panduan ini juga mencadangkan jadual waktu harian sebagai panduan pelaksanaan pengendalian program anak PERMATA sepanjang hari. Dalam jadual tersebut terdapat beberapa blok masa seperti nature walk, mengurut atau senaman pagi, rutin dan aktivit PERMATA yang member tumpuan kepada aktiviti yang merangkumi enam bidang pembelajaran dalam kurikulum PERMATA. Diharap dengan adanya buku panduan pelaksanaan aktiviti anak PERMATA ini ia dapat membantu pendidik atau individu dalam bidang perkembangan kanak-kanak melaksanakan program dan aktiviti dengan lebih berkesan.