Transformasi perumahan negara

MEMILIKI rumah sendiri adalah idaman setiap rakyat Malaysia. Rumah bukan sahaja satu keperluan asas tetapi dengan perancangan pembelian yang baik, ia menjadi aset penting dalam membina nilai bersih positif kepada kewangan individu. Sebelum kita dapat berbicara tentang memiliki rumah idaman, perso...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd. Arshad, Mohd. Nahar
Format: Article
Language:English
Published: Utusan Melayu Malaysia Berhad 2012
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/24912/1/Transformasi_perumahan_negara.pdf
http://irep.iium.edu.my/24912/
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0716&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm&arc=hive
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:MEMILIKI rumah sendiri adalah idaman setiap rakyat Malaysia. Rumah bukan sahaja satu keperluan asas tetapi dengan perancangan pembelian yang baik, ia menjadi aset penting dalam membina nilai bersih positif kepada kewangan individu. Sebelum kita dapat berbicara tentang memiliki rumah idaman, persoalan berkenaan kemampuan untuk memiliki rumah adalah isu pokok yang menuntut perhatian pihak berwajib. Harga rumah idaman, terutamanya di kawansan bandar, mutakhir ini semakin mahal. Lepasan universiti misalnya, terpaksa menangguhkan pembelian rumah idaman ekoran harga yang terlalu tinggi. Dengan pendapatan awal sekitar RM2,500 sebulan, adalah satu keputusan kewangan yang besar untuk memperunukkan antara RM1,000 hingga RM1,500 untuk bayaran pinjaman perumahan saban bulan. Ya, kerajaan telah memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku (SRP) dalam Bajet 2011 di mana golongan muda yang berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan boleh mendapat pembiayaan RM200,000 sehingga 100 peratus daripada institusi-institusi kewangan. Jumlah ini kemudiannya dinaikkan kepada RM400,000 dalam Bajet 2012.