Pembinaan Negara: sikap dan ekspektasi pelajar universiti di Malaysia

Sikap pelajar (IPT) terhadap kerajaan dapat dikesan, diukur dan dinilaikan menerusi persepsi mereka terhadap matlamat, dasar-dasar, program-program dan initiatif-initiatif yang diusahakan oleh kerajaan. Kajian ini bertujuan mengenalpasti (1) sikap pelajar universiti terhadap matlamat, dasar, program...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Moten, Abdul Rashid, Nordin, Mohamad Sahari, Abdullah Idid, Syed Arabi, Wok, Saodah, Ismail, Nik Ahmad Hisham, Mokhtar, Tunku Mohar
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/23018/1/23018_BinaNegaraMac2012%5B1%5D_-_2832012.pdf
http://irep.iium.edu.my/23018/
http://www.mohe.gov.my/portal/component/content/article/34-slide-banner/711-seminar-hasil-penyelidikan-kpt-sains-sosial-a-kemanusiaan.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sikap pelajar (IPT) terhadap kerajaan dapat dikesan, diukur dan dinilaikan menerusi persepsi mereka terhadap matlamat, dasar-dasar, program-program dan initiatif-initiatif yang diusahakan oleh kerajaan. Kajian ini bertujuan mengenalpasti (1) sikap pelajar universiti terhadap matlamat, dasar, program dan initiatif kerajaan bertujuan menjadikan Malaysia sebagai negara maju, (ii) sikap pelajar universiti terhadap pentadbiran kerajaan, (iii) sikap pelajar terhadap isu, cabaran dan masalah yang dihadapi negara serta cara kerajaan menanganinya, dan (iv) faktor-faktor ynag mempengaruhi sikap dan sokongan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terhadap kerajaan. Kajian berasaskan reka bentuk expost facto dengan menggunakan kaedah kaji selidik. Jumlah populasi untuk kajian ini adalah 375,000 pelajar pra-siswazah di 20 IPTA dan 8 IPTS. Teknik persampelan kuota berstrata, iaitu jenis IPT (IPTA atau IPTS) digunakan untuk mengumpul data dari 9036 responden. Sampel kajian yang diwakili oleh pelajar pra-siswazah terdiri daripada 71% responden dari IPTA dan 29% IPTS seluruh negara; sekurang-kurangnya satu universiti telah dipilih untuk mewakili sesebuah negeri. Responden kajian adalah majoritinya perempuan (61.3%), dan daripada segi komposisi etnik, 60.9% adalah Melayu, 27.8% Cina dan 6.0% India. Dapatan kajian menunjukkan sekurang-kurangnya satu pertiga responden (33.6%) bersetuju dengan lima dasar Kerajaan Persekutuan. Peratus bersetuju yang paling rendah adalah berkaitan dengan pernyataan bahawa "model baru ekonomi adalah adil terhadap semua rakyat Malaysi" manakala "Hak-hak istemewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan tidak boleh dipertikaikan" dipersetujui oleh hampir 58% sampel kajian, iaitu pernyataan yang mendapat peratusan persetujuan paling tinggi. Secara keseluruhannya, sikap pelajar terhadap sistem pentadbiran kerajaan persekutuan adalah positif. Kecuali "kerajaan mengurangkan gejala rasuah", data menunjukkan sekurang-kurangnya satu perempat sampel bersetuju dengan sistem pentadbiran yang dilaksanaan oleh Kerajaan Persekutuan. Peratus bersetuju yang paling tinggi adalah berkaitan dengan pernyataan, "Sistem pentadbiran Kerajaan Persekutuan adalah berdasarkan prinsip-prinsip demokrasi (48.2%). Ini diikuti oleh persetujuan terhadap pentadbiran yang menghormati hak-hak asasi manusia (42%), dan sistem pilihanraya adalah bebas dan adil (40.9%). Mengenai isu-isu dan cabaran semasa adalah positif, kecuali pernyataan "harga barang keperluan harian adalah berpatutan" Data menunjukkan sekurang-kurangnya satu perempat sampel bersetuju dengan semua pernyataan tentang isu dan cabaran sosial, ekonomi, dan politik masa kini. Peratus persetujuan paling tinggi adalah berkaitan dengan pernyataan, "Saya menerima semangat kerjasama adalah nilai utama ynag dikongsi oleh masyarakat Malaysia" (63.9%). Juga hampir separauh sampel bersetuju bahawa "Saya berasa selamat jika tinggal dalam masyarakat berlainan etnik" (48.8%).