Kesan Akulturasi Budaya Barat Terhadap Gaya Hidup Mahasiswa UIAM Pagoh

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji dengan terperinci mengenai impak akulturasi budaya barat terhadap gaya hidup mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Pagoh. Kajian ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat terutamanya generasi muda mengenai proses p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nahar, Nora'Azian, Ali Zaini, Ezza Nur Alisya, Mohd Shafiee, Nur Adriana Najwa
Format: Proceeding Paper
Language:English
Published: 2024
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/117271/1/%28e-Prosiding%20SBBS%202024%20%281%29%20%281%29.pdf
http://irep.iium.edu.my/117271/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji dengan terperinci mengenai impak akulturasi budaya barat terhadap gaya hidup mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Pagoh. Kajian ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat terutamanya generasi muda mengenai proses penerapan budaya barat yang mengambil tempat dalam kehidupan mereka. Kajian ini amat penting bagi mahasiswa untuk mengenal pasti perubahan gaya hidup mereka yang mungkin bertentangan dengan syariat Islam. Bagi menjawab persoalan kajian dan mendapatkan maklumat yang jitu, kajian ini telah menggunakan reka bentuk kualitatif menggunakan kaedah temu bual dan kaedah pemerhatian di lapangan. Hasil dapatan kajian telah dianalisis dan dikategorikan kepada lima bahagian iaitu komunikasi, pemikiran, sosial, hiburan dan pemakanan. Antara penemuan baru yang diperoleh ialah subjek kajian bukan sahaja dipengaruhi oleh Barat malah turut dipengaruhi oleh budaya negara-negara lain seperti Jepun, Korea Selatan dan China. Selain itu, pengkaji juga mendapati bahawa walaupun subjek-subjek kajian tidak memaparkan kesan akulturasi secara terang-terangan, tetapi mereka masih mempunyai keinginan untuk berbuat sedemikian. Dapatan kajian telah menyangkal hipotesis awal penyelidikan ini iaitu akulturasi menyuntik kesan dalam setiap aspek gaya hidup mahasiswa termasuk aspek hiburan, aspek pemakanan, aspek kehidupan sosial, aspek komunikasi, dan juga aspek pemikiran. Biarpun subjek kajian telah dipengaruhi dalam beberapa aspek yang berlandaskan budaya barat, data kajian yang bercanggah dengan andaian awal menunjukkan gambaran positif bahawa budaya Melayu dan agama Islam itu masih lagi terpelihara dan dimuliakan. Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan majoriti subjek kajian terkesan dengan proses akulturasi barat.