Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Kursus Sastera Bahasa Inggeris Di UIAM Pagoh

Pada era globalisasi kini, kedudukan bahasa Melayu semakin tercabar disebabkan penggunaan bahasa Inggeris yang menjadi bahasa utama di seluruh negara terutamanya dalam kalangan pelajar universiti. Perkara ini dilihat mampu menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang sepatutnya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nahar, Nora'Azian, Hasuran, Norlaila, Mohd Rozi, Nur Athirah Aleya, Md Rizam, Nur Nafeesa Aleeya
Format: Proceeding Paper
Language:English
Published: KSTCL Press 2024
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/117262/1/%28e-Prosiding%20SBBS%202024%20%281%29%20%281%29.pdf
http://irep.iium.edu.my/117262/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada era globalisasi kini, kedudukan bahasa Melayu semakin tercabar disebabkan penggunaan bahasa Inggeris yang menjadi bahasa utama di seluruh negara terutamanya dalam kalangan pelajar universiti. Perkara ini dilihat mampu menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang sepatutnya dimartabatkan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah penguasaan bahasa Melayu yang dihadapi oleh pelajar tahun tiga Kursus Sastera Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Antarabangsa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji langkah memperbaik masalah penguasaan bahasa Melayu yang dihadapi oleh responden. Sehubungan dengan itu, maklum balas daripada 14 orang responden yang dipilih menggunakan kaedah pemilihan secara rawak bagi mendapatkan data. Semua maklumat dan data yang diperoleh melalui soal selidik dan temu bual tersebut telah ditranskripsi dan dianalisis. Hasil kajian menunjukkan majoriti responden yang merupakan pelajar jurusan bahasa Inggeris hanya mempunyai sedikit masalah berkaitan dengan penguasaan bahasa Melayu. Hal ini jelas melalui dapatan yang menunjukkan para responden mampu menjawab soalan yang diberikan berkaitan dengan pengetahuan asas bahasa Melayu dengan jayanya. Kajian juga menjelaskan kepentingan hasil daripada kajian ini iaitu dapat meningkatkan kesedaran pelajar bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di samping pelajar dapat menambah pengetahuan terhadap peribahasa Melayu. Kesedaran dalam jati diri mahasiswa perlu disuburkan kembali agar menggunakan bahasa Melayu standard semasa berkomunikasi seharian.