Perhubungan antarabangsa

Perhubungan antarabangsa merupakan sebuah ilmu sains politik yang menekuni interaksi antara aktor-aktor yang berada dalam sebuah negara terhadap aktor bagi negara yang lain. Interaksi ini lazimnya melibatkan kepentingan politik, ekonomi dan juga sosial yang mampu membentuk sebuah aturan yang digelar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Suhaimi, Mohamad Suhaizi
Format: Book Chapter
Language:Malay
Published: Penerbit UPM 2024
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/117057/1/PRUF%204B_Bahasa%20Melayu%20untuk%20Komunikasi%20Antarabangsa_20.12.24.pdf
http://irep.iium.edu.my/117057/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perhubungan antarabangsa merupakan sebuah ilmu sains politik yang menekuni interaksi antara aktor-aktor yang berada dalam sebuah negara terhadap aktor bagi negara yang lain. Interaksi ini lazimnya melibatkan kepentingan politik, ekonomi dan juga sosial yang mampu membentuk sebuah aturan yang digelar sistem antarabangsa. Menurut Makmor Tumin (2023), hubungan antarabangsa merupakan bidang yang meneroka hubungan antara negara bangsa dan aktor yang lain dalam sistem antarabangsa seperti organisasi kerajaan, bukan kerajaan dan juga individu. Justeru, sistem antarabangsa terdiri daripada aktor dari unit yang terkecil iaitu individu sehinggalah kepada unit yang lebih besar seperti masyarakat, negara dan aktor bukan negara. Sistem antarabangsa yang wujud pada hari ini adalah bersifat anarki, iaitu ketiadaan sebuah autoriti pusat yang lebih berkuasa dan mampu mengawal tindakan negara-negara berdaulat.