Kata sapaan dalam kalangan masyarakat Orang Asli suku kaum Semai: kajian kes di Kuala Senta, Perak = Greetings among the Indigenous People of the Semai tribe: a case study in Kuala Senta, Perak
Masyarakat Orang Asli suku kaum Semai merupakan kelompok Orang Asli yang terdapat di Malaysia. Masyarakat Orang Asli suku kaum Semai ini mempunyai kata sapaan yang tersendiri yang sedikit berbeza dengan masyarakat Melayu. Kata sapaan yang digunakan oleh mereka untuk berkomuni...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay |
Published: |
Universiti Malaysia Sabah
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/116755/9/116755_Kata%20sapaan%20dalam%20kalangan.pdf http://irep.iium.edu.my/116755/ https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/GA/article/view/5769 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Masyarakat Orang Asli suku kaum Semai merupakan kelompok Orang Asli yang terdapat di Malaysia. Masyarakat Orang Asli suku kaum Semai ini mempunyai kata sapaan yang tersendiri yang sedikit berbeza dengan masyarakat Melayu. Kata sapaan yang digunakan oleh mereka untuk berkomunikasi dan bertutur dalam kalangan mereka menjadi satu keunikan yang tersendiri yang pastinya mempunyai perbezaan dengan suku kaum bagi masyarakat Orang Asli yang lain. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti variasi kata sapaan dalam kalangan masyarakat Orang Asli suku kaum Semai dan menganalisis variasi kata sapaan dalam kalangan masyarakat Orang Asli suku kaum Semai berlandaskan Teori Kata Sapaan Ervin-Tripp (1972) menurut Peraturan Alternasi (Alternation Rules). Kajian ini juga telah mengaplikasikan kaedah kualitatif yang memperincikan dapatan data yang itu dengan kaedah temu bual, kaedah pemerhatian dan kaedah keperpustakaan. Teori Kata Sapaan Ervin-Tripp (1972) telah digunakan bagi menganalisis dapatan data dalam usaha mencapai objektif yang ditetapkan oleh pengkaji. Dapatan kajian telah mendapati sebanyak (14) variasi kata sapaan yang diperoleh dalam pertuturan sesama masyarakat Orang Asli suku kaum Semai dan dianalisis mengikut Teori Kata Sapaan Ervin-Tripp (1972) menurut Peraturan Alternasi (Alternation Rules). Hasilnya, penganalisisan kesemua variasi kata sapaan ini bertepatan dengan kategori yang telah diperincikan dengan jitu dan kesemuanya dihuraikan dengan jelas pada bahagian dapatan kajian. |
---|