Dialek Melayu Satun Di Langkawi: Analisis Geolinguistik
Masyarakat Melayu Satun merupakan masyarakat yang berasal dari wilayah Satun, Thailand. Pada asalnya, Satun merupakan sebuah wilayah di bawah naungan Kerajaan Kedah. Akibat pemerintahan Inggeris, Satun kemudian dimasukkan di bawah pemerintahan Thailand. Kajian ini meneliti aspek geolinguistik iait...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Proceeding Paper |
Language: | Malay |
Published: |
KSTCL Press KM1, Jalan Panchor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari 84600 Pagoh, Muar, Johor
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/116658/3/index.html http://irep.iium.edu.my/116658/ https://kulliyyah.iium.edu.my/kstcl/e-book-e-magazine/#e-prosiding-seminar-bahasabudaya-dan-sastera-2024-peringkat-kebangsaan/1/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Masyarakat Melayu Satun merupakan masyarakat yang berasal dari wilayah Satun, Thailand.
Pada asalnya, Satun merupakan sebuah wilayah di bawah naungan Kerajaan Kedah. Akibat pemerintahan Inggeris, Satun kemudian dimasukkan di bawah pemerintahan Thailand. Kajian
ini meneliti aspek geolinguistik iaitu bidang multidisiplin yang mengabungkan ilmu linguistik
dan juga bidang geografi dengan menerapkan ilmu GIS iaitu Geographical Information System
(GIS) dalam kajian ini. Kajian ini berfokus kepada penempatan masyarakat Melayu Satun di
Langkawi berdasarkan penyebaran varian leksikal ‘tajam’ serta menghuraikan faktor bukan
linguistik yang mendorong masyarakat Melayu Satun berada di bumi Langkawi. Kajian ini melibatkan enam buah mukim di Pulau Langkawi iaitu mukim Kuah, mukim Ayer Hangat,
mukim Bohor, mukim Temoyong, mukim Kedawang dan mukim Ulu Melaka. Sebanyak 120
orang responden yang terdiri daripada golongan tua, golongan muda dan kanak-kanak telah
terlibat dalam kajian ini. Data leksikal yang dikumpul telah ditranskripsi dan dimasukkan ke dalam perisian ArGIS iaitu salah satu perisian yang digunakan dalam ilmu GIS untuk penjanaan
peta dialek bagi melihat penyebaran varian leksikal. Kajian menunjukkan terdapat penyebaran
dialek Melayu Satun telah ditemui di Pulau Langkawi. Mukim Ayer Hangat, mukim Kuah
terutamanya di Pulau Tuba telah wujud masyarakat Melayu Satun apabila dibuktikan wujudnya
pengaruh Thai dalam varian leksikal yang ditemui melalui data yang dikumpul. Hasil kajian
juga turut membuktikan bahawa faktor bukan linguistik iaitu faktor bentuk muka bumi,
migrasi, persempadanan, perkahwinan campur dan ekonomi juga telah menjadi faktor
dorongan kepada penempatan masyarakat Melayu Satun di Pulau Langkawi. |
---|