Penggunaan gaya bahasa retorik dalam pelaporan berita politik di berita televisyen

Berita televisyen merupakan bentuk media yang memiliki potensi besar untuk mempengaruhi pandangan dan pemahaman masyarakat terhadap isu-isu penting. Antara elemen penting dalam penyampaian maklumat melalui berita televisyen adalah gaya bahasa yang digunakan. Gaya bahasa berfungsi sebagai alat komuni...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nopiah, Julaina, Samarrudin, Nurfatihah Izzati
Format: Article
Language:English
Published: UPSI Press 2024
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/116615/7/116615_Penggunaan%20gaya%20bahasa%20retorik.pdf
http://irep.iium.edu.my/116615/
https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/9803/5289
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol15.2.3.2024
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Berita televisyen merupakan bentuk media yang memiliki potensi besar untuk mempengaruhi pandangan dan pemahaman masyarakat terhadap isu-isu penting. Antara elemen penting dalam penyampaian maklumat melalui berita televisyen adalah gaya bahasa yang digunakan. Gaya bahasa berfungsi sebagai alat komunikasi yang signifikan dalam membentuk penyampaian dan penerimaan informasi oleh penonton secara berkesan. Salah satu gaya bahasa yang menjadi seni dalam komunikasi adalah retorik. Penggunaan retorik dalam berita televisyen bukan hanya memberikan keberkesanan dalam penyampaian maklumat tetapi turut menambah warna dan kehidupan kepada pengucapan. Walau bagaimanapun, penyalahgunaan seni retorik dalam berita televisyen akan merosakkan kepercayaan masyarakat terhadap pengamal media. Masalah penerimaan maklumat yang tidak tepat kesan daripada kurangnya kemahiran dalam penggunaan gaya bahasa retorik oleh pihak penutur juga dapat menjejaskan kelancaran aktiviti komunikasi. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dan menganalisis penggunaan gaya bahasa retorik dalam berita televisyen berkaitan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) ke-15 berdasarkan Teori Retorik Moden oleh Enos dan Brown (1993). Kaedah analisis kandungan terhadap 260 buah video berita dari Berita RTM dan Buletin Awani mendapati retorik pemujukan paling dominan digunakan, iaitu sebanyak 47.19%. Hal ini membuktikan penggunaan retorik membantu pengamal media dalam menyampaikan idea atau pendapat dengan berkesan. Hasil dapatan kajian juga mendapati kehadiran empat jenis retorik iaitu pendedahan, penghujahan, pemujukan dan penerangan.