Our batik estetika istimewa (Obaetibox)

Pergerakan motor kasar dan halus Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Kefungsian Rendah (KR) adalah terhad. MBPK KR mempunyai kurang daya kreativiti dan imaginasi dalam menghasilkan karya seni batik, sukar melibatkan diri dalam proses batik ikat celup dan perlu bimbingan yang berterusan dalam p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Toha @ Tohara, Abdul Jalil, Md Shukri, Siti Norhafeezahani, Ramli Mohd Yunos, Amril Zalha, Kamarulzaman, Mohd Sharulnizam, Nazir, Faridah, Omar, Norliza
Format: Proceeding Paper
Language:English
Published: UiTM Cawangan Melaka 2024
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/115712/1/115712_Our%20batik%20estetika%20istimewa%20%28Obaetibox%29.pdf
http://irep.iium.edu.my/115712/
https://vmiiex.uitm.edu.my/index.php/abstract-book
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pergerakan motor kasar dan halus Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Kefungsian Rendah (KR) adalah terhad. MBPK KR mempunyai kurang daya kreativiti dan imaginasi dalam menghasilkan karya seni batik, sukar melibatkan diri dalam proses batik ikat celup dan perlu bimbingan yang berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kotak Batik Estetika Istimewa Kami atau OBAETIBOX telah dicipta dengan menggunakan bekas plastik terpakai dan ditebuk lubang bulat secara rawak untuk membantu MBPK KR menghasilkan karya seni batik sendiri. Inovasi ini membantu MBPK KR menyempurnakan tugasan seni batik dengan cara yang cepat, mudah dan menarik. BAETIBOX adalah satu bahan bantu belajar untuk MBPK KR, sinonim dengan penyelesaian terhadap masalah pengurusan masa, tempat dan ketidakupayaan MBPK dalam menyiapkan tugasan seni Batik Ikat Celup. Rujukan, Unit Kompetensi 2 (UK2) termaktub dalam Dokumen Kurikulum Kemahiran Vokasional (DKKV) kategori Kefungsian Rendah (KR). Adaptasi BAETIBOX ini mempunyai elemen merentas kurikulum dan memudahkan proses PdP dengan pengurusan masa yang lebih baik, efektif, kreatif dan inovatif. Ciptaan inovasi BAETIBOX ini memerlukan MBPK KR yang kurang daya imbangan badan atau pergerakan fizikal yang lemah agar mampu berdikari dan mencipta hasil seni sendiri dengan gaya tersendiri karya batik ikat celup tersendiri. Projek ini telah dijalankan di perkarangan seni dan kelas Kraf:Seni Kraf Batik di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1) dibawah bimbingan orang pegawai dari BPK, KPM, seorang guru pendidikan khas dan seorang pembantu pengurusan murid (PPM). Produk inovasi ini akan membantu MBPK KR agar mampu menghasilkan karya seni batik bermutu dan berkualiti. BAETIBOX membantu urusan PdP lebih mudah, murah dan hasil karya disiapkan dengan lebih cepat berbanding cara membatik biasa. Konsep belajar sambil bermain suatu pemangkin transisi ke kerjaya MBPK KR. Proses ini menjurus kepada suatu terapi seni dan terapi minda dengan penghasilan karya seni tekstil unik menggunakan BAETIBOX. Gabungan aplikasi seni dan bakat terpendam MBPK KR memberi suatu peluang transisi ke kerjaya bagi MBPK KR yang merupakan nilai baik di masa sekarang dan akan datang. Hasil karya batik ikat celup akan mampu memartabatkan MBPK KR maju jaya dalam seni batik di Malaysia juga seantero dunia.