Firasat tentang tarikh mati kerajaan haram Zionis

Keguguran Yahya Sinwar seorang pemimpin Hamas yang gigih berjuang melawan tentera penjajah Zionis pada 16 Oktober 2024 menyedihkan umat Islam. Walaupun sedih, itulah harapan beliau sebelum ini dalam banyak ucapannya. Beliau memang mengejar syahid mempertahankan tanah air serta agama. Kesanggupannya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rahim, Abdullah Bukhari
Format: Article
Language:Malay
Published: Media Mulia Sdn. Bhd. 2024
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/115455/1/Firasat%20tentang%20tarikh%20mati%20kerajaan%20haram%20Zionis_Utusan%20Malaysia_01112024.pdf
http://irep.iium.edu.my/115455/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keguguran Yahya Sinwar seorang pemimpin Hamas yang gigih berjuang melawan tentera penjajah Zionis pada 16 Oktober 2024 menyedihkan umat Islam. Walaupun sedih, itulah harapan beliau sebelum ini dalam banyak ucapannya. Beliau memang mengejar syahid mempertahankan tanah air serta agama. Kesanggupannya menunggu untuk masuk senarai mati syahid sudah lama direkodkan oleh al-Quran: مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا Ertinya: Di antara orang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun (al-Ahzab 33:23). Para sahabat Nabi berpandangan ayat ini diturunkan menceritakan perihal Anas bin al-Nadhar RA. Dia sangat kecewa kerana terlepas untuk berjuang bersama Nabi dalam perang Badar. Lalu beliau bersumpah akan berjuang habis-habisan jika berlaku perang lain bersama Rasulullah SAW. Dalam perang Uhud, beliau berjuang bermati-matian sehingga gugur syahid (Sahih al-Bukhari, 2805). Walaupun ayat ini dikaitkan dengan Anas al-Nadhar RA, ia menjadi senarai kosong nan harum yang akan diisi para pejuang Islam sepanjang zaman sampai kiamat.