Tanggungjawab pesalah kanak-kanak bagi kesalahan curi dalam undang-undang Islam dan sivil = Responsibility of child offenders in theft offences in Islamic and civil laws
Jenayah curi merupakan kesalahan jenayah yang berat, sama ada dalam undang-undang jenayah Islam mahupun sivil. Pesalah yang melakukan kesalahan jenayah curi, mengikut sistem keadilan tradisional perlu bertanggungjawab dengan hukuman. Kanak-kanak yang telah mencapai umur minimum liabiliti jenayah jik...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/113564/7/113564_Tanggungjawab%20pesalah%20kanak-kanak.pdf http://irep.iium.edu.my/113564/ https://jurnal.dbp.my/index.php/Kanun/issue/view/706 https://doi.org/10.37052/kanun.35(2)no4 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Jenayah curi merupakan kesalahan jenayah yang berat, sama ada dalam undang-undang jenayah Islam mahupun sivil. Pesalah yang melakukan kesalahan jenayah curi, mengikut sistem keadilan tradisional perlu bertanggungjawab dengan hukuman. Kanak-kanak yang telah mencapai umur minimum liabiliti jenayah jika melakukan kesalahan jenayah curi juga tidak terlepas. Namun begitu, pesalah kanak-kanak tidak boleh diadili seperti pesalah dewasa. Undang-undang Islam mengecualikan kanak-kanak daripada hukuman hudud bagi kesalahan mencuri, namun boleh bertanggungjawab melalui hukuman takzir. Di Malaysia, pesalah kanak-kanak yang terlibat dalam jenayah curi yang ditadbir dalam Akta Kanak-kanak 2001 boleh dihukum jika disabitkan bersalah. Tanggungjawab pesalah kanak-kanak di Malaysia adalah terbatas pada perintah mahkamah atau hukuman yang diputuskan olehmahkamah bagi kanak-kanak sahaja. Namun begitu Konvensyen Kanak- kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menggalakkan negara ahli untuk menyelesaikan kesalahan jenayah ringan melalui proses keadilan restoratif bagi membolehkan pesalah kanak-kanak bertanggungjawab secara langsung kepada mangsa. Sebagai contoh, United Kingdom dan Brunei telah membenarkan pesalah kanak-kanak bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan berdasarkan teori keadilan restoratif. Kajian ini mengkaji bagaimana pesalah kanak-kanak boleh bertanggungjawab terhadap mangsa berdasarkan undang-undang Islam dan sivil serta pemakaiannya di negara-negara terpilih, dan di Malaysia. Kajian ini mencadangkan agar Akta Kanak-kanak 2001 dipinda bagi membolehkan pesalah kanak-kanak turut bertanggungjawab secara langsung terhadap mangsa melalui proses keadilan restoratif. Kajian ini menggunakan kaedah doktrinal yang merujuk sumber primer dan sekunder yang terdapat dalam kepustakaan seperti peruntukan undang-undang, kes-kes yang diputuskan, buku, makalah jurnal dan sebagainya. |
---|