Bina syurga di Wakayama Jepun
Ketika kami masuk untuk solat maghrib di Musolla bangunan Japan Dakwah Centre (JDC) di Osaka, Jepun, kelihatan Samir, seorang pemuda Muslim dari Perancis tekun membaca al-Quran. Beliau sedang mengikuti program pertukaran pelajar di Osaka Metropolitan University, Jepun berhampiran dengan Bangunan JD...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay |
Published: |
Media Mulia Sdn. Bhd.
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/113423/1/Bina%20syurga%20di%20Wakayama%20Jepun_Utusan%20Malaysia_26072024_p23.pdf http://irep.iium.edu.my/113423/ https://www.utusan.com.my/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Ketika kami masuk untuk solat maghrib di Musolla bangunan Japan Dakwah Centre (JDC) di Osaka, Jepun, kelihatan Samir, seorang pemuda Muslim dari Perancis tekun membaca al-Quran. Beliau sedang mengikuti program pertukaran pelajar di Osaka Metropolitan University, Jepun berhampiran dengan Bangunan JDC. Beliau bersyukur kerana JDC membantunya solat berjemaah serta solat jumaat kerana kemudahan tersebut memang sukar ditemui mana-mana Muslim yang tinggal di negara asing seperti Jepun.
Tahniah dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sama-sama menyumbang sehingga tertubuhnya Japan Dakwah Centre di Osaka pada tahun 2019. Projek penubuhan JDC ini menelan belanja sehingga RM 4 Juta dan mampu menarik perhatian warga Jepun kerana seni binanya yang menggunakan reka bentuk tradisional Jepun yang disebut “WAFU.” Bukti? Sehingga tarikh rencana ini ditulis, sudah 97 orang warga Jepun memeluk Islam di sini. Pemilihan seni bina Jepun secara tidak langsung memberi mesej kepada warga Jepun bahawa Islam agama universal yang tidak dikurung dengan kepompong mana-mana budaya. Mereka boleh menjadi Jepun walaupun setelah memeluk Islam. Untuk merealisasi idea ini, pihak pengurusan JDC menggalakkan warga Jepun memeluk islam dengan memakai kimono. |
---|