Solat fardu dan waktu-waktu solat dalam kehidupan seorang Muslim di dunia: sisi pandang Badiuzzaman Said Nursi dalam Risalah Nur

Solat fardu adalah ibadah paling utama selepas syahadah di dalam senarai lima rukun Islam. Solat ibarat cahaya yang mendasari amalan fardu yang lain agar bersinar dengan cahaya keimanan. Allah s.w.t menjanjikan azab yang sangat pedih kepada sesiapa yang meninggalkan solat. Persoalan yang perlu dijaw...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Samsudin, Sofiah, Fatah Yasin, Raudlotul Firdaus
Format: Book Chapter
Language:Malay
Published: Penerbitan Hayrat & AHAS KIRKHS IIUM 2023
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/109828/6/109828_Solat%20fardu%20dan%20waktu-waktu%20solat%20dalam%20kehidupan%20seorang%20Muslim%20di%20dunia.pdf
http://irep.iium.edu.my/109828/
https://kulliyyah.iium.edu.my/ahaskirkhs/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Solat fardu adalah ibadah paling utama selepas syahadah di dalam senarai lima rukun Islam. Solat ibarat cahaya yang mendasari amalan fardu yang lain agar bersinar dengan cahaya keimanan. Allah s.w.t menjanjikan azab yang sangat pedih kepada sesiapa yang meninggalkan solat. Persoalan yang perlu dijawab dengan jelas adalah: Siapa yang memberi panduan bagaimana menentukan lima waktu solat, bila setiap waktu bermula dan bila berakhirnya setiap waktu itu? Apa kaitan semua ini dengan setiap detik kehidupan Muslim? Suatu yang sudah putus bahawa solat adalah ibadah paling utama, oleh itu, apa yang berkaitan dengannya seperti syarat sah solat seperti wuduk dan penetapan waktu solat secara pasti juga sangat penting kerana ia penentu kepada penerimaan dan kesempurnaan solat. Solat adalah ibadah yang amat tinggi nilainya dan amat murah belanja untuk memperolehinya dan adalah dikira tidak waras seorang Muslim yang tidak menunaikannya  (Kalimah-kalimah kecil, 2021). Semua ibadah khusus yang lain seperti puasa, zakat dan haji akan tiada nilainya tanpa solat. Ia merupakan amalan pertama yang akan dihisab di mahsyar oleh Allah s.w.t di mahkamah akhirat.